Asif, Sori, pengunjung blog
bila ada masa nanti
aku balas kunjungan kembali
InshaaAllah ^___^

Wednesday, May 14, 2014

Wordless Wednesday : Mujahidul Syabab



Sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pertempuran terakhir semester ini, iaitu menentang final paper pada esok hari.
Tak qawiy lagi nak bertarung ni T_T

Friday, May 9, 2014

Jawapan

Assalamualaikum,

Pertama sekali asif, kerana agak lambat nak beritahu kejadian seterusnya selepas entry sebelum ini. Maklumlah teramat busy kebelakangan ini, terutama pula minggu sebelum final, waktu inilah pula mood untuk berblogging tiba-tiba berkobar-kobar, walhal dahulu tak ada pun rasa nak sambung berblogging.

Aku nak minta maaf banyak-banyak sebab aku terasa macam sudah menipu sedikit dalam entry sebelum ini. Memang hakikatnya hilang sebentar motor itu. Tetapi Alhamdulillah, selepas Naqib aku menelefon rakanku itu, dia memberitahu ada seorang lagi rakan kami, Izmeer yang menjumpai motor tersebut dengan kuncinya masih dilekatkan diatas motor. Dibukakan hatinya untuk menjadi concern dan membantu untuk membawa pulang motor itu kepada tuannya.

Ternyata Allah SWT yang telah mengerakkan hatinya untuk ke Masjid walaupun waktu itu sudah pukul 11 malam, banyak sebenarnya tanda tanya yang sebenarnya timbul dalam hati, tetapi biarlah aku serahkan semuanya kepada Allah. Dia mampu membuat semua yang mustahil itu kepada tidak mustahil. Kan kita selalu dengar "Kun fayakun"? Jika Allah SWT berkata jadi, maka jadilah.

InshaaAllah lepas ni aku kena lebih beringat-ingat dan dalam masa yang sama harus lebih tawakkal denganNya. Kita ni manusia, tidak lain hanya sebaik-baik perancang sahaja, yang membenarkan ialah Allah SWT. Wallahualam.

Wednesday, May 7, 2014

Antara Ujian dan Cobaan

Bismillah,

Malam tadi, aku ada dating, eh bukan dating tapi meeting dengan ahli-ahli persatuan untuk sesi brainstorming program yang bakal kami jalankan untuk semester depan. Menarik juga, sebelum ini cuma menjadi orang yang cuba menjayakan program-program Persatuan Pengajian Islam (PPI) di Universiti tetapi kali ini kami pula yang dipilih untuk menjadi antara pelontar idea untuk aktiviti akan datang.

Selepas tamat sesi brainstorming di Masjid, para muslimah pulang ke rumah masing-masing, tetapi para muslimin tak lain tak bukan, ada sesi afterparty. Iaitu kami lepak di D'Tasik, restoran mewah yang terapung di atas air, kedudukannya pun hanya sebelah daripada masjid. Sebenarnya agak pelik juga, dari tadi meeting sampai sekarang ada pula sesi karaoke di Restoran tersebut, Jadi kami hanya menganggap itu background music buat pertemuan kali ini.

Sebenarnya ketua Lajnah Smart Group, iaitu antara AJK dalam PPI, ialah tidak lain hanya abang naqib untuk semester ini. Sebab itu terlebih rapat dengan kami, juga personalitinya yang sangatlah mesra dengan kami. Rasanya tak perlu diulaskan apa yang kami bincang, cuma nak cerita apa yang terjadi semasa aku pulang tadi.

Disebabkan lokasi meeting dibuat di Masjid, jadi aku meminjam motor kawanku kerana apartment muslimin memang agak jauh dari masjid. Sewaktu ingin berpisah, aku meraba-raba poket baju melayuku, "Ah, sudah.. mana pula perginya kunci motor ni?" Kawan aku, yang menjadi pembonceng di motor itu juga bertanya, "Serius ke?"

Dan lagi menakutkan sampai-sampai di tempat motor, dah hilang dah pun motor. Astagfirullahal azim. Waktu tu aku cuma terfikir berapa ribu nak kena ganti ni. Kawan aku yang lain berusaha pusing masjid untuk cari, tetapi aku hanya terpaku speechless. Memang tak dinafikan lagi, aku ni manusia biasa, pastinya terlupa nak tercabut kunci waktu datang tadi.


Naqib aku menyuruh aku banyak-banyak beristigfar, aku akur, dan reda itu adalah antara kesalahan sendiri, dan ini caranya Allah nak ajar hambaNya yang leka. Naqibku menelefon kawanku, pemilik motor ini dan ...

Agak-agak apa berlaku lepas itu?