Asif, Sori, pengunjung blog
bila ada masa nanti
aku balas kunjungan kembali
InshaaAllah ^___^

Tuesday, May 6, 2014

Tazkirah : Teguran kerana Allah

Semalam dikejutkan dengan satu kenyataan dari seorang ulama yang membuat perumpamaan muslimah yang mengikuti demonstrasi tempoh hari, sebagai pelacur. Malahan bukan itu sahaja, disamakan juga para muslimin yang menyokongnya sebagai pelangannya, nauzubillahi min zalik.

Kenapa sampai begitu sekali?


Status yang diambil dari GAMIS
(Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain." (al-Bukhari).
Ilmuku kalau nak dibandingkan dengannya memanglah tak cukup, cukuplah dengan Dr MAZA yang membahaskan dalam satu artikel yang boleh dibacakan di sini, The Malaysian Insider.

Akan tetapi, bukanlah ia menjadi penyebab kita untuk mendiamkan diri tanpa dapat memberi pandangan kita tentang perkara tersebut. Pernah terbaca tentang ada seorang yang bertanya "Bagaimana jika pendapatku salah, sedangkan pendapatku berasaskan hadis Rasulullah SAW dan ia merupakan wahyu? Adakah wahyu boleh salah?"

Ustaz Wan Ahmad Sanadi, memberi jawapan kepada persoalan tersebut, "Hadis merupakan wahyu, tetapi kefahaman kamu tentang hadis tersebut bukan wahyu. Bahkan kefahaman kamu hanyalah merupakan pendapat. Boleh jadi orang lain bercanggah dengan kefahamanmu tersebut, sepertimana ada antara para sahabat yang bercanggah dengan lafaz hadis dalam kisah Bani Quraizah. Maka, mereka solat di pertengahan jalan, dan menurut Ibnu Tarmiyah, mereka itu benar (Dalam memahamai hadis tersebut)"

Fahamilah, bila kita ada pendapat, pendapat itu datangnya dari diri kita sendiri. Dalam Travelog Minda Tajdud dari Dr Maza, juga ada menyatakan bahaya jika kita jumud pemikiran. Sepatutnya perlu ada husnuzon (Bersangka baik) dengan sesama gerakan dakwah, bukannya kerana pendirian kita yang berbeza kita boleh sesuka hati menggelar pihak yang berlainan itu dengan panggilan yang hina sebegitu.

Statusnya selepas ditegur oleh Dr. Maza.

Kita tak perlu menjadi seorang malaikat untuk menegur,
jikalau nasihat itu baik kita ambil, jika tidak maka jauhi.
Tak kira siapa diri penasihat tersebut, 
kerana jika dia menasihati sesuatu yang dia tak lakukan,
itu adalah urusannya dengan Allah SWT.
Wallahualam.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu
mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
(As Saff ayat 2)

Monday, May 5, 2014

Taaruf

Bismillah,

Nama pena ialah Ibnu Ramli, namun, boleh juga nak panggil juga TKK singkatan daripada The Kreatif Ketayap. Aku ialah anak kedua daripada 4 orang adik beradik, kalau perasan profil picture ini, begitu jugalah adik-beradik aku semuanya hero-hero belaka. (Gambar itu diambil dari Deviantart bukan dilukis sendiri ya)

Hobi aku ialah melukis. Tetapi walaupun dari kecil melukis, bukanlah tercapai cita-cita untuk menjadi seorang artis dan sebagainya, maklumlah dahulu pernah menaruh harapan untuk ke Kolej One Academy, akan tetapi yuran pengajiannya yang agak mahal jadi tak termampu untuk menyusahkah ibu bapaku. Sekarang menuntut di Universiti Tenaga Nasional, UNITEN dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.


Aktiviti pada waktu lapang ialah melayari internet dan juga menonton anime. Anime favourite ialah yang bertemakan sukan, diantaranya yang latest, ialah Diamond no Ace (Baseball), Haikyuu (Volleyball), Baby Step (Tennis), Abarenbou no Kishi (Sumo), Kuroko no Basket (Basketball) dan sebagainya. Banyak betul kan? Tapi minat sahajalah dengan anime berunsur Sports, empunya badan ni memanglah tak gemar dengan bersukan. 

Apa lagi yang nak cerita tentang diri ni ya, oh ya, cita-cita aku ialah ingin menjadi seorang Murabbi (Pendidik) yang Osem. Macam dalam buku jom tanya Murabbi Osem tu. Matlamat hidup ialah mendapat syurga Allah, amin. Akhir kata, sekiranya ada silap dan salah dalam penulisan aku, mohon jasa baik untuk tolong tegurkan, inshaaAllah. 


Muqaddimah

Bismillah,

Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang cukup istimewa lagi, tahukah mengapa?
Tidak lain dan tidak bukan, hari ini ialah langkah pertama untuk aku memulakan satu usaha untuk berdakwah. Setiap individu ada kemampuan masing-masing. Aku bukanlah seorang yang petah dalam berkata-kata, terus bukan seorang yang berilmu yang mampu berta'lim. Tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak belajar ataupun mendalami ilmu agama, sebagaimana kita tekun dalam belajar ilmu dunia, yang dapat meluluskan kita dalam universiti.

Sebenarnya idea untuk mencipta blog ini datang, waktu sedang membaca majalah JOM isu 25, iaitu tentang satu artikel bertajuk Monster Inc karya IR Faridul Farhan Abd Wahab. Sangatlah menarik bagiku artikel tersebut. Dimana ia mengulas pengajaran dari filem favourite ramai iaitu Monster Inc dalam aspek agama. 

Dalam filem tersebut, Mike yang bukanlah berbakat seperti Sally, yang mampu menakutkan kanak-kanak tetapi dia tidak berputus asa dan terus berbakti untuk syarikat Monster Inc, dan akhirnya tibalah masanya pula yang dapat berbakti dengan bakatnya yang mampu membuatkan kanak-kanak tertawa. 

Jadi kali ini aku juga ingin melakukan benda yang sama. "Biarpun sumbanganmu tampak sangat kecil pada pandangan manusia, namun selagi mana dikau ikhlas lagi bersungguh, tentu besar nilainya pada pandangan para penghuni langit sana".

InshaaAllah, kartun dan mesej yang akan dibawa dalam blog ini tidaklah sebesar mana, tetapi motif penulisan adalah untuk berkongsi ilmu milik Allah yang bukan milik penulis sendiri, semoga sama-sama kita dapat manfaatkan masa yang kita ada inshaaAllah.