Asif, Sori, pengunjung blog
bila ada masa nanti
aku balas kunjungan kembali
InshaaAllah ^___^

Sunday, June 1, 2014

Favourite Murabbi

Setelah hampir 2 minggu bercuti di rumah akhirnya hampir tibalah waktu aku sepatutnya berada semula di Universiti. Tetapi entah mengapa dengan sistem Universiti Tenaga Nasional ini, sehingga kini masih belum lagi memaparkan lagi jadual walhal hari isnin ini sepatutnya sudah boleh masuk ke kelas. Mungkin juga ini boleh menjadi alasan untuk terus bercuti hehe..

Jadi pagi sabtu semalam aku pergi ke Uniten untuk check in apartment, alhamdulillah, walaupun kedengaran intake baru yang agak ramai tetapi masihlah rezeki aku dapat diterima tinggal di dalam kampus. Tetapi aku dan kawan aku terpaksa merayu, masuk keluar pejabat kampus demi ingin mendapatkan bilik yang sama. Asalanya bilik kami asing-asing. Maklumlah dia senang berada satu bilik denganku, dan sama juga dengan aku. Alhamdulillah, akhirnya dilembutkan juga hati abang tersebut menerima, mungkin juga kerana malas nak melayan kot hehe.. xpe husnuzon.
*Muka merayu

Selesai urusan di Uniten aku pulang ke rumah kerana cadangnya nak pergi bercuti di Ipoh pula petang itu. Jadi itu boleh dikira betul-betul percutian aku untuk cuti kali kerana pada tempoh 2 minggu cuti ini, aku hanyalah jadi anak dara terperuk di rumah sahaja. Ini pun sebab mengikuti ibuku ingin menghadiri walimah anak kawannya. 

Nak dijadikan cerita, sebenarnya dalam perjalanan tadi ibuku berkata yang dia bersetuju membenarkan aku mengikuti kursus Ustaz Nouman Ali yang akan diadakan di Malaysia bermula 26 Jun nanti. Aku tahu kosnya sangat mahal dan aku tak menaruh harapan yang tinggi untuk pergi, tetapi disebabkan kami semua memang peminat Ustaz Nouman Ali jadi sangatlah rugi rasanya jika tak pergi program ini. Lagipun haritu waktu beliau datang ke Malaysia tahun lepas aku tak dapat hadir disebabkan tarikh program tersebut aku sedang menduduki final exam. Jadi ini kiranya peluang dan rezeki daripada Allah untuk diambil.

Jom melihat gambar-gambar Ustaz Nouman Ali dalam
tripnya ke Malaysia sebelum ini.

 Nouman Ali mencuba songkok.. Owh So Malaysian!

Tak lupa juga mencuba Milo Tabur.. 

Katanya di Facebook, dia tak sabar nak datang
dan makan durian lagi hehe..

 Dan ini pula ialah selfie di antara 2 favourite murabbi aku, Ustaz Nouman Ali dan juga Mufti Menk Ismail. Oh ye, bukan sahaja Ustaz Nouman Ali yang akan datang ke Malaysia nanti, malah Mufti Menk juga akan berada di Malaysia sepanjang Ramadan! Beliau akan mengimamkan solat tarawih dan akan memberi tazkirah selepas Solat Tarawih di Masjid Besi, Putrajaya..
MashaaAllah meriahnya Ramadan kali ini!

Ni yang terasa macam nak berulang-alik 
dari Uniten ke masjid besi Putrajaya
tiap-tiap malam Ramadan...

Thursday, May 29, 2014

Tarbiyah Thursday: Syabab Li Inqaz Al-Ummah

Mereka dihadapkan dihadapan Raja Dikyanus yang zalim dan sombong lalu mereka memperkatakan dengan berani tentang keimanan dan prinsip akidah bahawa tiada yang layak disembah melainkan Allah. Walaupun Raja tersebut tidak mampu menjawab hujah mereka namun dia tetap ingin menghukum mereka, lalu Allah memberikan pertunjuk kepada mereka agar melarikan diri ke dalam gua, lalu ditidurkan Allah selama 309 tahun.

Siapakah mereka dalam cerita di atas ini? Mereka ini bukanlah Nabi ataupun Rasul tetapi apa keistimewaan mereka dikabulkan doa mereka dan juga Allah turunkan karomah kepada mereka?

Sebenarnya mereka inilah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi. Pemuda-pemuda yang bersatu dan berkumpul atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Mereka tinggal di persekitaran kawasan yang rata-rata dipenuhi orang yang jahil dan kufur. Walaupun mereka masih muda namun mereka tidak terpengaruh dengan waqi' (keadaan sekeliling) tersebut, sehinggakan dipanggil pula untuk berdepan dengan pemimpin mereka.

Allah tujukan kisah ini untuk kita para pemuda, supaya kita sedar akan tanggungjawab kita di muka bumi ini. Tiada sebenarnya istilah alasan "Masih muda" untuk menarik diri daripada melakukan kebaikan, kerana Allah sebenarnya menyukai pemuda yang memperjuangkan agamaNya. Dinyatakan juga pemuda yang taat akan perintah Allah adalah antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari kiamat.

Tapi kenapa agaknya ia ditujukan kepada pemuda?
Kenapa tidak diletakkan keistimewaan itu untuk orang tua ataupun kanak-kanak?
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kenapa..

Tetapi yang pasti, waktu muda inilah waktu kita ingin lebih mengenali dunia. Kita sering ada perasaan ingin tahu, eager to know,curiousity yang tinggi serta perasaan yang inginkan freedom. Hakikatnya di usia ini kita suka mencari pelbagai hobi dan perkara-perkara yang dapat mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sebab itu kebanyakkan cerita daripada sesetengah muallaf bahawa mereka mula mengenali Islam diperingkat usia  muda, dimana hati mereka terpanggil-panggil untuk mencari makna kehidupan dan 'Islam is the solution'.

Sebaliknya, ada pula pada usia ini yang mula mengenali couple, mula untuk lebih bersosial, ada yang menjadi obsesi dengan muzik dan hiburan, ada yang sering terpengaruh dengan ideologi-ideologi barat yang cuba ingin mentafsirkan makna-makna kehidupan mengikut logik, kehendak akal dan nafsu. Namun walau banyak mana kita diisi dengan perkara-perkara tersebut kita seringkali terasa kosong.. kosong.. (macam lagu Najwa Latif tu.)

Hanya dengan kembali meletakkan ubudiyyah (kehambaan) kita kepada Allah, kita dapat mengisi kekosongan di jiwa kita tadi. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, cabaran pemuda itu banyak dan sukar. Jadi sahutlah cabaran tersebut wahai syabab (pemuda), jangan terus berpeluk tubuh dan fikir kita masih terlalu awal untuk memperjuangkan agama Allah. Sebaliknya yakinlah bahawa kita ini ialah bakal menjadi pemimpin ummah akan datang.

*Wahai pemuda, dimana kamu?

Renunglah kembali pemuda-pemuda masa lampau yang membangkitkan Islam diusia muda mereka seperti Ali bin Abi Talib yang memeluk Islam sewaktu umurnya 8 tahun dan turut bersama Rasulullah SAW dalam memperjuangkan Islam. Usamah bin zaid yang dijadikan sebagai Komander dikala usianya 18 tahun. Imam Syafie yang menjadi mujtahid di sekitar umurnya 13 tahun serta Hassan Al-Banna yang bersama-sama dengan gerakan jemaah IM ketika usia beliau 23 tahun. Ya Allah terasa kecil dan hinanya diri kita walaupun sudah hampir-hampir sebaya namun masihlah tidak membawa apa-apa sumbangan kepada Islam.

Akhir kata, nasihat daripada Mufti Menk yang sudah diterjemahkan mahupun ditokok-tambah untuk pedoman kita semua termasuklah saya sendiri, "Bagaimana kita nak bercakap tentang tugas pemuda? Sedangkan kita tak mampu nak bercakap tentang Sincerity (Sidiq) kita kepada Allah". Oleh itu perkuatkan dahulu link kita dengan Allah swt dan pergantungan kita denganNya. Dalam masa yang sama juga perkukuhkan semula asas kita tentang agama.
Wallahualam.

p/s: Syabab Li Inqas Al Ummah = Pemuda yang berperanan mengangkat darjat ummah. Malam ini malam Jumaat, jadi bolehlah baca dan amalkan surah Al-Kahfi serta bacalah cerita tentang pemuda Al-Kahfi.

Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday: Nikmat Allah

Apa itu Nikmat? 
Kebanyakkan daripada kita menganggap rezeki yang bertimbun-timbun, 
menang cabutan bertuah, naik pangkat ataupun durian runtuh ataupun apa-apa yang luar biasa dari perkara yang kita selalu terima dalam sehari-hari itu sebagai nikmat. Mungkin juga kerana kehidupan kita yang sudah cukup serba-serbi dan hampir-hampir tidak dapat merasai apa sebenarnya nikmat pemberian Allah.


Tetapi sebaliknya bagi orang yang beriman, mereka memandang semua perkara sebagai nikmat. Peluang yang ada, tubuh badan yang sempurna, kesihatan yang sejahtera, kebahagiaan keluarga, Iman dan Islam juga adalah antara nikmat hidup. Oleh itu, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah dan sentiasa menikmati apa yang kita ada serta elakkan daripada sikap tamak.

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
[Surah An-Nahl: Ayat 18]

P/S: Wordless Lah Sangat...