Asif, Sori, pengunjung blog
bila ada masa nanti
aku balas kunjungan kembali
InshaaAllah ^___^

Wednesday, October 8, 2014

#WordlessWednesday: Dedicated


Kadang-kadang aku pelik juga macam mana kawan-kawan aku boleh sanggup diet, pergi gym seminggu dlm tiga kali, ambil protein dan berbagai-bagai jenis produk untuk maintainkan badan yang gagah. Bagi aku yang hangat-hangat tahi ayam ni, aku rasa memang cukup hebat motivasi mereka.

Mufti Menk ada bercakap dalam salah satu ceramahnya, manusia ini bila dia meletakkan dedikasinya untuk melakukan sesuatu, walau sesukar manapun benda tersebut inshaaAllah akan tercapai. Contohnya untuk mendapatkan badan yg sado bagi seorang lelaki dan nak maintain wajah yang anggun bagi wanita. Sanggup berpuasa dan restrain diri dari melakukan perkara yg sia-sia.

Jadi agaknya macam mana kita nak ambil dedication tu untuk menjadi sehebat ilmuwan Al-Nawawi yg menguasai ilmu tasawuf atau seperti Abu Hurairah yang merupakan seorang perawi hadis yang sangat berdedikasi merintangi pelbagai mehnah dan tribulasi demi mengumpulkan hadis-hadis supaya generasi akan datang dapat memanfaatkannya..

Jom kita sama-sama ambil iktibar dan jom berdedikasi!

#WordlessWednesdaylahsangat
#SampaiSyurga #WW

Monday, October 6, 2014

Di sini lahirnya Sebuah Pengorbanan

Assalamualaikum semua,

Asif jiddan, kerana agak lama tak update dan tak menjenguk blog korang.. hampir seminggu aku kena menghadiri sebuah kem musim cuti ni jadi memang tu tak berkesempatan untuk mengupdate. Hujung minggu pula dah beraya kan? Aku faham mungkin bukan aku sorang je yang busy sebab aku tengok ada juga beberapa blogger yang terlepas juga untuk update entry agak lama.


Apa-apa pun aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan Salam Aidil Adha, maaf zahir dan batin buat semua pengunjung blog ini. Marilah sama-sama kita meratapi semula kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan ambil iktibar serta bersyukur disebabkan pengorbanan Nabi Ibrahim, sampai ke hari ini kita dapat menghidupkan legacy baginda dengan meraikan hari raya korban.

Mungkin setiap daripada kita semua mempunyai masalah, dugaan yang maha berat dan merunsingkan. Akan tetapi kita tak pernah diuji supaya meletakkan diri di dalam api - yang dihasilkan dengan membakar bangunan, tidak pernah disuruh meninggalkan isteri tercinta dan anak yang masih kecil di tengah-tengah kawasan padang pasir yang tidak didiami sesiapa pun ketika itu, ataupun tidak pernah disuruh untuk menyembelih anak kita sendiri walaupun anak itu sangatlah dikasihi.

Ya, Bapa kita semua, Nabi Ibrahim AS diuji sebegini. Namun baginda AS tidak pernah sesekalipun mempersoalkan Allah SWT terhadap ujiannya kerana keyakinannya terhadap Allah SWT. Mari sama-sama kita bersyukur walaupun kita tak diuji sebegini kita masih dapat meraikan hari raya aidil adha..
Labaik Allahumma labaik!

p/s: Raya korang buat apa je? Ops (Operasi) tambah lemak ke? xD

Monday, September 22, 2014

Jau'an makanan ringan

*Lapar Makanan Ringan*

Setiap manusia ada habits mereka masing-masing, jadi entry kali ini aku nak bercakap tentang habits aku. Iaitu seperti tajuk di atas suka mengambil makanan ringan. Sebelum aku balik ke Uniten pun, tak lupa untuk singgah ke 7E membeli snek-snek dan minuman ringan untuk dikunyah sambil memandu (Tolong jangan contohi). Begitu juga kalau nak travel ke mana-mana pasti akan singgah kedai atau stesen petrol dahulu untuk membeli jajan-jajan atau benda yang sewaktu dengannya.

Walhal bukannya aku tidak mengerti yang tak elok mengambil makanan tidak berkhasiat ni, serta mengambil minuman dalam tin atau kotak ini mudah mengundang penyakit kencing manis. Aku sendiri tahu betapa deritanya orang yang mengalami diabetes ini, setiap kali nak makan kena cucuk insulin - harus jaga makanan dan sebagainya. Namun kesedaran diri sahaja tak mampu mengawal nafsu.

Mesin Gedegang = Vending Machine


Baru-baru ini aku terbaca dalam majalah Gen-Q tentang remaja yang dikaitkan dengan snacking. Ayuhai Syabab (wahai remaja) agak-agak betul ke dengan dakwaan ini? Bagi aku memang betul dan memang kena dengan diri sendiri pung.. Tetapi definisi snacking iaitu makan di antara dua waktu makan utama, mungkin berbeza dengan apa yang aku fahami mengenai snacking.

Dalam majalah tu tulis ada beberapa jenis snek yang sihat seperti sandwich tuna, susu, kismis, yogurt, roti bakar disapu mentega kacang, bijirin, oat dicampur kacang, kismis serta buah-buahan. Sangatlah berbeza dengan macam mana aku definisikan snek..
iaitu:


Kalau bahasa inggerisnya junk food, macam kasar je bunyinya.. sedangkan kita sendiri tahu junk tu ialah sampah tetapi bahasa melayu ianya disedapkan dengan dipanggil sebagai makanan ringan. Walaupun tak lari dari hakikat ianya JUNK food, makanan yang tidak berkhasiat langsung.

Di sini aku ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh dimanfaatkan untuk mengelakkan makanan dan minuman ringan ni. Antaranya:

1. Tukarkan kepada snek yang berkhasiat

Simpan buah-buahan yang sudah dipotong di dalam peti ais jika terasa ingin mengunyah ambil buah-buahan tersebut. Sentiasa bawa snek yang berkhasiat di dalam beg seperti kismis, biskut, bijirin atau kekacang di dalam beg untuk dijadikan sebagai snek kita. Jangan lupa untuk pelbagaikan snek yang berkhasiat supaya tak jemu.

2. Berdamping dengan orang yang kuat makan

Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan mendapat harumnya manakala kalau berkawan dengan tukang besi boleh mendapat bau busuknya.. jadi bagaimana pula jika berkawan dengan orang kuat makan? Tiap-tiap kali kita makan junk food kita akan berkongsi dengan dia.. hal ini sedikit demi sedikit membuatkan kita dapat mengurangkan pemakanan makanan ringan - terus dapat berhenti terus kalau bengang kawan kita je yg asyik habiskan snek kita.

3. Catat apa makanan/minuman ringan yang kita ambil

Boleh wujudkan satu diari pemakanan, journal ataupun gunakan sahaja blog atau apa2 apps di phone untuk mencatat apa makan kurang sihat kita ambil pada hari itu. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi kesan psikologi untuk kita mengurangkan pengambilan makanan ringan.

4. Lebihkan makanan utama

"Breakfast like a king, Lunch like a Prince and Dine like a Pauper" Selalu terdengar tak kata-kata ni? Sarapan pagi itu kita kena lebihkan dan utamakan berbanding dengan makan tengahari dan makan malam. Kerana sarapan pagi yang memberikan kita tenaga untuk satu hari. Selalu kalau kita ambil sarapan ala kadar pasti akan mudah terasa lapar dan ingin mengambil apa-apa makanan segera yang mudah untuk mengisi kelaparan kita. Nak elakkan, harus ikut pepatah tersebut sarapan Like A Boss King.

5. Elakkan pergi ke Kedai Runcit

Selalunya kalau aku termasuk mana-mana kedai pasti akan terbeli satu ataupun dua junkfood. Jadi mungkin jalan yang bagus untuk elakkan daripada masuk kecuali ingin membeli keperluan.

6. Elakkan makan di depan Laptop/TV

Perasan kan kalau orang pergi wayang makan popcorn large macam mana sekalipun takkan berhenti. Ini disebabkan mata kita sedang fokus kepada skrin tadi menyebabkan kita hilang fokus kepada makan. Sebab itu mudah untuk kita menjadi lapar dan bertambah-tambah makan jika makan sambil menonton TV.


Jika anda punyai apa-apa tips tambahan bolehlah share di ruangan comment..
Semoga dapat saling membantu ^^