Jadi pagi sabtu semalam aku pergi ke Uniten untuk check in apartment, alhamdulillah, walaupun kedengaran intake baru yang agak ramai tetapi masihlah rezeki aku dapat diterima tinggal di dalam kampus. Tetapi aku dan kawan aku terpaksa merayu, masuk keluar pejabat kampus demi ingin mendapatkan bilik yang sama. Asalanya bilik kami asing-asing. Maklumlah dia senang berada satu bilik denganku, dan sama juga dengan aku. Alhamdulillah, akhirnya dilembutkan juga hati abang tersebut menerima, mungkin juga kerana malas nak melayan kot hehe.. xpe husnuzon.
*Muka merayu
Selesai urusan di Uniten aku pulang ke rumah kerana cadangnya nak pergi bercuti di Ipoh pula petang itu. Jadi itu boleh dikira betul-betul percutian aku untuk cuti kali kerana pada tempoh 2 minggu cuti ini, aku hanyalah jadi anak dara terperuk di rumah sahaja. Ini pun sebab mengikuti ibuku ingin menghadiri walimah anak kawannya.
Nak dijadikan cerita, sebenarnya dalam perjalanan tadi ibuku berkata yang dia bersetuju membenarkan aku mengikuti kursus Ustaz Nouman Ali yang akan diadakan di Malaysia bermula 26 Jun nanti. Aku tahu kosnya sangat mahal dan aku tak menaruh harapan yang tinggi untuk pergi, tetapi disebabkan kami semua memang peminat Ustaz Nouman Ali jadi sangatlah rugi rasanya jika tak pergi program ini. Lagipun haritu waktu beliau datang ke Malaysia tahun lepas aku tak dapat hadir disebabkan tarikh program tersebut aku sedang menduduki final exam. Jadi ini kiranya peluang dan rezeki daripada Allah untuk diambil.
Jom melihat gambar-gambar Ustaz Nouman Ali dalam
tripnya ke Malaysia sebelum ini.
Nouman Ali mencuba songkok.. Owh So Malaysian!
Tak lupa juga mencuba Milo Tabur..
Katanya di Facebook, dia tak sabar nak datang
dan makan durian lagi hehe..
MashaaAllah meriahnya Ramadan kali ini!
Ni yang terasa macam nak berulang-alik
dari Uniten ke masjid besi Putrajaya
tiap-tiap malam Ramadan...
No comments:
Post a Comment