Asif, Sori, pengunjung blog
bila ada masa nanti
aku balas kunjungan kembali
InshaaAllah ^___^

Friday, August 29, 2014

Malaysia Hurahlana!

Assalamualaikum,

Pertama-tamanya bersyukur kita kehadrat Illahi kerana setelah beberapa peristiwa yang tidak malang yang menimpa ummah kita pada hari ini, kita masih lagi diberikan peluang oleh Allah SWT untuk terus mencari keredaanNya serta mampu lagi kita bertaubat kepadaNya, justeru dapat meneruskan pelaburkan saham kita di akhirat.

Sebenarnya dah siap penyapu lidi serta bulu ayam dah ni untuk misi menghilangkan habuk-habuk di blog ini. Maklumlah setelah datangnya Ramadan terus tidak terusik blog ni, bukanlah pula disebabkan sibuk sangat beribadat sampaikan tinggalkan terus berblogging, tetapi atas tanggungjawab-tanggungjawab yang lain yg perlu diselesaikan jadi kurangnya masa yang dapat diperuntukkan untuk berblogging. Jadi aku meminta maaf sekiranya tidak mengunjung kembali ziarah kawan-kawan blogger.

Nak ucapkan selamat hari raya pun rasa dah terlambat, Syawal pun dah berlalu. Tapi alhamdulillah ada satu lagi event terdekat yang disambut seluruh rakyat Malaysia setiap tahun iaitu Hari Kemerdekaan. Bersyukur negara kita sudah tidak dijajah oleh penjajahan dalam bentuk fizikal. Tetapi kadang-kadang aku tertanya, betul ke kita ni sudah merdeka? Kerana pada pendapat aku kita di Malaysia ini terus dijajah secara hidup-hidup dari segi pemikiran kita. Kalau tak percaya lihat sahaja berapa banyak ideologi-ideologi baru yang cuba dibangkitkan serta berapa banyak kes-kes yang negatif berleluasa di kalangan kita sendiri, sedikit demi sedikit cuba untuk memadamkan api agama Allah.

Bagaimanakah kita menyambut hari kemerdekaan?

Tetapi firman Allah dalam surah As-Saff ayat 8, 
"Mereka (orang-orang yang kufur) cuba memadam cahaya Allah (kebenaran Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah akan tetap menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang-orang kufur itu membenci (akan hal demikian kebenaran)." 

Jadi itulah antara tugas kita semua sebagai Da'ie di muka bumi ini, melakukan Amar Maaruf Nahi Munkar. Marilah kita menjadi seperti Abu Ubaidah yang dikatakan oleh Nabi sendiri sebagai orang kepercayaan umat ketika itu. Beliau adalah antara contoh produk asli daripada Tarbiyah. Cekalkan jiwa kita untuk kerja-kerja dakwah dan janganlah mudah mengalah.

Oleh itu fahamilah semula erti kemerdekaan dengan sebenar-benar ilmu dan pengetahuan, bukanlah disambut dengan hawa nafsu dan emosi semata-mata.

Antara program menarik di ambang kemerdekaan.
Bagus juga tu, dalam masa kita menyambut kemerdekaan
kita fikirkan juga masalah ummah kita di Gaza ;(
Yang penting ada Heliza Helmi.. eh bukanlah..
ada Ustaz Khairi, Haslin Bollywood, UAI dan UNIC tu!

Lagu best dari Ustaz Haslin Bollywood, dinyanyikan dalam Dikir Zikir.
"Malaysia Merdeka untuk kita dan sentiasa buminya bagi orang Islam."

No comments:

Post a Comment