Asif, Sori, pengunjung blog
bila ada masa nanti
aku balas kunjungan kembali
InshaaAllah ^___^

Monday, September 22, 2014

Jau'an makanan ringan

*Lapar Makanan Ringan*

Setiap manusia ada habits mereka masing-masing, jadi entry kali ini aku nak bercakap tentang habits aku. Iaitu seperti tajuk di atas suka mengambil makanan ringan. Sebelum aku balik ke Uniten pun, tak lupa untuk singgah ke 7E membeli snek-snek dan minuman ringan untuk dikunyah sambil memandu (Tolong jangan contohi). Begitu juga kalau nak travel ke mana-mana pasti akan singgah kedai atau stesen petrol dahulu untuk membeli jajan-jajan atau benda yang sewaktu dengannya.

Walhal bukannya aku tidak mengerti yang tak elok mengambil makanan tidak berkhasiat ni, serta mengambil minuman dalam tin atau kotak ini mudah mengundang penyakit kencing manis. Aku sendiri tahu betapa deritanya orang yang mengalami diabetes ini, setiap kali nak makan kena cucuk insulin - harus jaga makanan dan sebagainya. Namun kesedaran diri sahaja tak mampu mengawal nafsu.

Mesin Gedegang = Vending Machine


Baru-baru ini aku terbaca dalam majalah Gen-Q tentang remaja yang dikaitkan dengan snacking. Ayuhai Syabab (wahai remaja) agak-agak betul ke dengan dakwaan ini? Bagi aku memang betul dan memang kena dengan diri sendiri pung.. Tetapi definisi snacking iaitu makan di antara dua waktu makan utama, mungkin berbeza dengan apa yang aku fahami mengenai snacking.

Dalam majalah tu tulis ada beberapa jenis snek yang sihat seperti sandwich tuna, susu, kismis, yogurt, roti bakar disapu mentega kacang, bijirin, oat dicampur kacang, kismis serta buah-buahan. Sangatlah berbeza dengan macam mana aku definisikan snek..
iaitu:


Kalau bahasa inggerisnya junk food, macam kasar je bunyinya.. sedangkan kita sendiri tahu junk tu ialah sampah tetapi bahasa melayu ianya disedapkan dengan dipanggil sebagai makanan ringan. Walaupun tak lari dari hakikat ianya JUNK food, makanan yang tidak berkhasiat langsung.

Di sini aku ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh dimanfaatkan untuk mengelakkan makanan dan minuman ringan ni. Antaranya:

1. Tukarkan kepada snek yang berkhasiat

Simpan buah-buahan yang sudah dipotong di dalam peti ais jika terasa ingin mengunyah ambil buah-buahan tersebut. Sentiasa bawa snek yang berkhasiat di dalam beg seperti kismis, biskut, bijirin atau kekacang di dalam beg untuk dijadikan sebagai snek kita. Jangan lupa untuk pelbagaikan snek yang berkhasiat supaya tak jemu.

2. Berdamping dengan orang yang kuat makan

Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan mendapat harumnya manakala kalau berkawan dengan tukang besi boleh mendapat bau busuknya.. jadi bagaimana pula jika berkawan dengan orang kuat makan? Tiap-tiap kali kita makan junk food kita akan berkongsi dengan dia.. hal ini sedikit demi sedikit membuatkan kita dapat mengurangkan pemakanan makanan ringan - terus dapat berhenti terus kalau bengang kawan kita je yg asyik habiskan snek kita.

3. Catat apa makanan/minuman ringan yang kita ambil

Boleh wujudkan satu diari pemakanan, journal ataupun gunakan sahaja blog atau apa2 apps di phone untuk mencatat apa makan kurang sihat kita ambil pada hari itu. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi kesan psikologi untuk kita mengurangkan pengambilan makanan ringan.

4. Lebihkan makanan utama

"Breakfast like a king, Lunch like a Prince and Dine like a Pauper" Selalu terdengar tak kata-kata ni? Sarapan pagi itu kita kena lebihkan dan utamakan berbanding dengan makan tengahari dan makan malam. Kerana sarapan pagi yang memberikan kita tenaga untuk satu hari. Selalu kalau kita ambil sarapan ala kadar pasti akan mudah terasa lapar dan ingin mengambil apa-apa makanan segera yang mudah untuk mengisi kelaparan kita. Nak elakkan, harus ikut pepatah tersebut sarapan Like A Boss King.

5. Elakkan pergi ke Kedai Runcit

Selalunya kalau aku termasuk mana-mana kedai pasti akan terbeli satu ataupun dua junkfood. Jadi mungkin jalan yang bagus untuk elakkan daripada masuk kecuali ingin membeli keperluan.

6. Elakkan makan di depan Laptop/TV

Perasan kan kalau orang pergi wayang makan popcorn large macam mana sekalipun takkan berhenti. Ini disebabkan mata kita sedang fokus kepada skrin tadi menyebabkan kita hilang fokus kepada makan. Sebab itu mudah untuk kita menjadi lapar dan bertambah-tambah makan jika makan sambil menonton TV.


Jika anda punyai apa-apa tips tambahan bolehlah share di ruangan comment..
Semoga dapat saling membantu ^^

Sunday, September 21, 2014

La Ba'sa Tahoorun InshaaAllah

Memang lumrah manusia apabila satu nikmat itu ditarik barulah kita akan berada dalam kekesalan tidak menghargai sesuatu nikmat itu. Sebab itu diberikan cara untuk merawat hati yang sudah keras ialah dengan menziarahi kubur supaya kita akan dilembutkan hati memikirkan nasib kita yang bakal menempuh maut.

Melawat anak-anak yatim membuat kita menghargai dilahirkan dalam keluarga yang sempurna, melawat rumah orang-orang tua membuat kita menghargai masih muda dan melawat orang sakit menjadi kita menghargai nikmat kesihatan yang ada.

Malam ini aku bermalam di wad hospital menemankan abi (ayah) yang sudah hampir seminggu berada di wad. Alhamdulillah kalau nak dibandingkan dengan patient stroke yang lain aku rasa Allah masih memberikan keringanan cumanya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sempat juga aku berjalan-jalan kehulu-kehilir sementara abi sedang tidur, melihat kerenah pelbagai pesakit dari yang muda ke tua.

Sebelum ini ayah aku berada di wad Hospital Kuala Lumpur namun disebabkan aku berada dalam minggu exam aku hanya mampu melawatnya di wad sekali sahaja. Waktu ingin pulang ke kolej aku terlihat wajahnya kelihatan muram. "La Ba'sa Tahoorun, InshaaAllah.." Aku membisikkan tatkala ingin bersalam dengan abi, "Tidak mengapa, ini ialah penghapusan dosa InshaaAllah.."

Disebabkan ada gap antara paper terakhir aku hari isnin ni, jadi boleh lah melawat abi di wad barunya, di Hospital Theraphy Cheras. Dipermudahkan urusan pindah pula ke wad yang lebih selesa, berair-cond lagi tu.. sampaikan aku yang nak jaga malam ni rasa macam nak terlena pula.. huhu

Mungkin instinct semata-mata, tetapi aku dapat rasakan yang abi kelihatan lebih ceria berbanding minggu lepas, alhamdulillah hadza min fadhli rabbi. Semoga Allah memberi kemudahan untuknya kembali sembuh. Tolong doakan ya..

Syafakallah ya Abi
(Get well soon, Abi)

Friday, September 5, 2014

Intifada Palestine

Kadang-kadang kita pun terasa geram, melihat anak-anak kecil yang baru sahaja dilahirkan dibunuh dengan begitu kejam. Membaca di facebook kisah-kisah rejim Israel menyiksa rakyat Palestine hidup-hidup dan pelbagai lagi. Berderau darah kita mendengar saudara kita di sana. Sekali-kali berfikir mungkin andai kata aku di sana pasti aku akan turut menyertai pejuang Al-Qassam untuk membebaskan bumi jihad Palestin.

 Tetapi semua itu ternyata hanya fikiranku semata-mata, sebenarnya layak ke diri ni nak menyertai pejuang agama yang hebat itu. Betul ke kita ni dah ada persediaan yang cukup untuk Syahid? Mungkin jauh di lubuk hati kita masih jauh lagi untuk menerima janji syurga Allah dan masih mempunyai penyakit 'wahan'. 
Wahan itu apakah? 

Nabi menerangkan bahawa Wahan itu ialah penyakit cinta dunia dan takut mati.

Jadi sebenarnya mampukah diri kita ni menerima tarbiyah seperti yang diterima oleh ahli Al-Qassam, aku gerenti semuanya pernah dengar kan syarat-syarat untuk menyertai Bridged Al-Qassam, antaranya yang aku kopi paste:
  1. Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – setiap ibu bapa di Palestine mengimpikan anak mereka syahid memperjuangkan kemerdekaan negara mereka.
  2.  Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjemaah di masjid.
  3.  Anggota Hamas dan Al-Qassam harus bebas MAKSIAT dan MEROKOK.
  4. Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
  5. Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juzuk.
  6. Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi)
  7. Selalu berpuasa sunat dan bertahajud.
  8. Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka semuanya golongan hafiz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin. Buktinya, mereka mampu membangunkan teknologi mereka dalam keadaan terkurung dalam penjara halimunan terbesar di dunia di Gaza.
  9. Selalu hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
  10. Mengamalkan zikir harian dan tidak pernah meninggalkannya.
  11. Selalu bersukan dan bersenam. Senang cerita mesti “fit” dalam peperangan.
  12. Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah sedia untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

Kemudian mari sama-sama kita perhatikan agak-agaknya daripada 12 syarat-syarat tersebut yang mana kita ada? Ya Rabbi Ya Qudus, kita ini sangatlah lemah dan sangatlah jauh dari untuk menghampiri syurgaMu. Jadi bolehkah kita tolak syarat-syarat tersebut dan katakan pada diri kita, tak apa, mungkin aku tak layak nak join Al-Qassam.. Tapi syurga itu kita semua nak kan?

Waktu tu terngiang-ngiang surah As-Saff ayat ke 10 dan 11. 

Mungkin kita tak dapat bersama-sama Al-Qassam, tapi inshaaAllah kita semua dalam misi membawa perjuangan Islam, kita semua mungkin berada di dalam fasa yang sama biiznillah. 
Jadi bersabarlah dan berdakwahlah.