Melawat anak-anak yatim membuat kita menghargai dilahirkan dalam keluarga yang sempurna, melawat rumah orang-orang tua membuat kita menghargai masih muda dan melawat orang sakit menjadi kita menghargai nikmat kesihatan yang ada.
Malam ini aku bermalam di wad hospital menemankan abi (ayah) yang sudah hampir seminggu berada di wad. Alhamdulillah kalau nak dibandingkan dengan patient stroke yang lain aku rasa Allah masih memberikan keringanan cumanya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sempat juga aku berjalan-jalan kehulu-kehilir sementara abi sedang tidur, melihat kerenah pelbagai pesakit dari yang muda ke tua.
Sebelum ini ayah aku berada di wad Hospital Kuala Lumpur namun disebabkan aku berada dalam minggu exam aku hanya mampu melawatnya di wad sekali sahaja. Waktu ingin pulang ke kolej aku terlihat wajahnya kelihatan muram. "La Ba'sa Tahoorun, InshaaAllah.." Aku membisikkan tatkala ingin bersalam dengan abi, "Tidak mengapa, ini ialah penghapusan dosa InshaaAllah.."
Disebabkan ada gap antara paper terakhir aku hari isnin ni, jadi boleh lah melawat abi di wad barunya, di Hospital Theraphy Cheras. Dipermudahkan urusan pindah pula ke wad yang lebih selesa, berair-cond lagi tu.. sampaikan aku yang nak jaga malam ni rasa macam nak terlena pula.. huhu
Mungkin instinct semata-mata, tetapi aku dapat rasakan yang abi kelihatan lebih ceria berbanding minggu lepas, alhamdulillah hadza min fadhli rabbi. Semoga Allah memberi kemudahan untuknya kembali sembuh. Tolong doakan ya..
Syafakallah ya Abi
(Get well soon, Abi)
No comments:
Post a Comment