Assalamualaikum semua, kaifa haluka (Apa khabar) semua? Kebelakangan ini aku agak kurang masa untuk diluahkan dengan berblogging, mungkin juga kerana kurang benda yang dapat dikongsikan bersama. Sebenarnya sekarang aku masih lagi sedang bercuti semester yang berbaki dalam tidak kurang dari 2 minggu.
Selepas seminggu yang pertama aku pulang dari kem, aku banyak menghabiskan masa di Hospital Rehabilitasi Cheras menemani ayahku di sana. Malam ini turn mak aku pula yang menjaga so boleh lah aku online kat rumah.. Dekat sana nak online tak best internet pun siput je. Dan Alhamdulillah, esok ayah aku dah pun boleh discharge dari Hospital. Harapnya bila dah pulang tu semoga makin cepat sembuh lah inshaaAllah..
Jadi entry kali ini mungkin nak berkongsi pengalaman aku di sana. Berada di wad memang bosan, tapi sekurang-kurangnya inilah waktu yang betul-betul kita boleh gunakan untuk berfikir dan muhasabah diri betul-betul. Melihat pesakit-pesakit di sini, dari yang berpangkatkan datin ke orang biasa. Timbul keinsafan akan 5 perkara yang dinasihati Rasulullah, jika kita tidak manfaatkannya akan digantikan dengan 5 perkara yang lain. Ada yang tahu apa 5 perkara tu?
Di dalam wad Ayah
Bukan kali pertama ayah aku masuk wad. Tapi ini kali yang pertama masuk wad rehabilitasi. Banyak juga fasiliti yang ada untuk melatih pesakit supaya dapat kembali pulih. Contohnya semua pesakit diwajibkan untuk hadir ke kelas fisiologi dan di situ mereka dilatih membuat senaman-senaman yang ringan mengunakan pelbagai jenis mesin yang disediakan. Contohnya berjalan, mengayuh dan sebagainya.
Di situ juga aku boleh lihat pelbagai jenis pesakit-pesakit. Ada yang sudah berumur ada yang masih muda, kebanyakannya dilayan seperti budak kecil, dimanjakan dan diajarkan satu persatu. Seperti pesakit stroke, mereka ada audio therapy, untuk membantu dapat bercakap semula selepas mereka kurang mampu untuk bercakap dengan normal disebabkan penyakit stroke.
Ada Occupationa Therapy yang di mana pesakit akan bermain permainan-permainan seperti budak kecil yang dapat melatih mereka mengerakkan tangan mereka semula. Contohnya ada kena susun puzzle, cabut biji dari plastesin. Ada beberapa situasi yang membuatkan aku keterlaluan di situ, kerana tergelak melihat telatah mereka :(
Sepanjang berada di sini memang banyak yang aku pelajari dan pengalaman yang menarik. Dapat berkenalan dengan penjaga-penjaga dan dengar macam-macam cerita daripada mereka. Nak tak nak lepas ini kenalah jaga pemakanan ya kawan-kawan, bukan apa.. mungkin penyakit daripada makanan yang tidak sihat itu tidak datang sekarang, tapi akan datang siapa tahu kan?
Mencegah itu lebih baik dari mengubati kan? Wallahualam.
No comments:
Post a Comment