Tapi apa kes ini tiba-tiba je pula kan?
Actually minggu lepas aku baru sahaja lepas menonton sebuah filem di panggung wayang iaitu Godzilla. Sebenarnya bukanlah minat sangat nak menonton, tetapi sifat ingin tahu memanggil-memanggil untuk melihat bagaimana sebenarnya manusia menentang godzilla, tanpa pertolongan dari Ultraman. (Maaf Spoiler!)
Dalam cerita tersebut, ada beberapa kejadian yang membuatkan kita terfikir tentang Al-Qariah. "Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, dan gunung-ganang seperti bulu yang dihambur-hamburkan." Dimana mereka membuat kejadian tersebut nampak realistik, tambahan pula dengan Tsunami dan pelbagai lagi kuasa alam. Semua manusia yang sedang berseronok masing-masing lari bertempiran.
"(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat menusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya."
[Al Hajj ayat 2]
Pada hari itu, walau sehebat manapun ciptaan manusia, yang dibanggakan dan dirasakan dapat menyelamatkan mereka dalam apa jua keadaan sekalipun tidak akan dapat melindungi mereka. Allah maha kuasa atas segala sesuatu dan kepadaNya kita akan kembali. Dalam movie ini, anggaplah godzilla itu satu bencana alam yang terjadi dan manusia cuba untuk menewaskannya.
Bagi saya, filem ini agak menarik jalan ceritanya dan graphicnya cuma ada beberapa adegan yang tak berapa sesuai untuk tontonan kita semua, maklumlah filem barat.. jadi fikir dua tiga kali kalau nak bawa anak-anak kita menonton filem sebegini. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment