Asif, Sori, pengunjung blog
bila ada masa nanti
aku balas kunjungan kembali
InshaaAllah ^___^

Monday, May 5, 2014

Muqaddimah

Bismillah,

Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang cukup istimewa lagi, tahukah mengapa?
Tidak lain dan tidak bukan, hari ini ialah langkah pertama untuk aku memulakan satu usaha untuk berdakwah. Setiap individu ada kemampuan masing-masing. Aku bukanlah seorang yang petah dalam berkata-kata, terus bukan seorang yang berilmu yang mampu berta'lim. Tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak belajar ataupun mendalami ilmu agama, sebagaimana kita tekun dalam belajar ilmu dunia, yang dapat meluluskan kita dalam universiti.

Sebenarnya idea untuk mencipta blog ini datang, waktu sedang membaca majalah JOM isu 25, iaitu tentang satu artikel bertajuk Monster Inc karya IR Faridul Farhan Abd Wahab. Sangatlah menarik bagiku artikel tersebut. Dimana ia mengulas pengajaran dari filem favourite ramai iaitu Monster Inc dalam aspek agama. 

Dalam filem tersebut, Mike yang bukanlah berbakat seperti Sally, yang mampu menakutkan kanak-kanak tetapi dia tidak berputus asa dan terus berbakti untuk syarikat Monster Inc, dan akhirnya tibalah masanya pula yang dapat berbakti dengan bakatnya yang mampu membuatkan kanak-kanak tertawa. 

Jadi kali ini aku juga ingin melakukan benda yang sama. "Biarpun sumbanganmu tampak sangat kecil pada pandangan manusia, namun selagi mana dikau ikhlas lagi bersungguh, tentu besar nilainya pada pandangan para penghuni langit sana".

InshaaAllah, kartun dan mesej yang akan dibawa dalam blog ini tidaklah sebesar mana, tetapi motif penulisan adalah untuk berkongsi ilmu milik Allah yang bukan milik penulis sendiri, semoga sama-sama kita dapat manfaatkan masa yang kita ada inshaaAllah.

No comments:

Post a Comment