Kenapa sampai begitu sekali?
Status yang diambil dari GAMIS
(Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain." (al-Bukhari).Ilmuku kalau nak dibandingkan dengannya memanglah tak cukup, cukuplah dengan Dr MAZA yang membahaskan dalam satu artikel yang boleh dibacakan di sini, The Malaysian Insider.
Akan tetapi, bukanlah ia menjadi penyebab kita untuk mendiamkan diri tanpa dapat memberi pandangan kita tentang perkara tersebut. Pernah terbaca tentang ada seorang yang bertanya "Bagaimana jika pendapatku salah, sedangkan pendapatku berasaskan hadis Rasulullah SAW dan ia merupakan wahyu? Adakah wahyu boleh salah?"
Ustaz Wan Ahmad Sanadi, memberi jawapan kepada persoalan tersebut, "Hadis merupakan wahyu, tetapi kefahaman kamu tentang hadis tersebut bukan wahyu. Bahkan kefahaman kamu hanyalah merupakan pendapat. Boleh jadi orang lain bercanggah dengan kefahamanmu tersebut, sepertimana ada antara para sahabat yang bercanggah dengan lafaz hadis dalam kisah Bani Quraizah. Maka, mereka solat di pertengahan jalan, dan menurut Ibnu Tarmiyah, mereka itu benar (Dalam memahamai hadis tersebut)"
Fahamilah, bila kita ada pendapat, pendapat itu datangnya dari diri kita sendiri. Dalam Travelog Minda Tajdud dari Dr Maza, juga ada menyatakan bahaya jika kita jumud pemikiran. Sepatutnya perlu ada husnuzon (Bersangka baik) dengan sesama gerakan dakwah, bukannya kerana pendirian kita yang berbeza kita boleh sesuka hati menggelar pihak yang berlainan itu dengan panggilan yang hina sebegitu.
Statusnya selepas ditegur oleh Dr. Maza.
Kita tak perlu menjadi seorang malaikat untuk menegur,
jikalau nasihat itu baik kita ambil, jika tidak maka jauhi.
Tak kira siapa diri penasihat tersebut,
kerana jika dia menasihati sesuatu yang dia tak lakukan,
itu adalah urusannya dengan Allah SWT.
Wallahualam.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu
mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
(As Saff ayat 2)
No comments:
Post a Comment