Asif, Sori, pengunjung blog
bila ada masa nanti
aku balas kunjungan kembali
InshaaAllah ^___^

Monday, October 27, 2014

Leaving?


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari pertama aku di semester baru.
Akan tetapi, aku masih berada di rumah lagi,
disebabkan email dari lecturer-lecturer baru yg cancelkan kuliah
di hari pertama.. 
Jadi bolehlah extend cuti sehari lagi.
(tak puas lagi cuti sebulan tu)

Okay lah pertamanya, nak memohon maaf,
kalau lepas ni aku akan jarang blogwalking, 
jarang update entry baru (sekarang pun dah jarang),
dan jarang dapat baca entry baru korang yang best-best tu..
Bukanlah berniat nak meninggalkan terus blog,
cuma mungkin tak berapa berkesempatan.


InshaaAllah buat semua yg baru naik semester baru,
kena berazam nak jadi pelajar yang baik dan diredhai.
Jangan ponteng kelas dan cuba dapatkan result yg mantap biiznillah.
Selain study, kena juga aktif dengan aktiviti2 di universiti,
supaya masa yang ada dapat dimanfaati sebaik-baiknya..
Tak mahu jadi Mahasiswa Mandom,
iaitu mahasiswa 3 K! (Kelas, Kafeteria, Katil)



Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, 
KECUALI mereka yang beriman dan beramal soleh, 
dan yang berpesan-pesan kepada
 kebenaran dan kesabaran.

Thursday, October 16, 2014

Contest GA #2 Plain83: Isi Buih-Kata Komik #2

Salam, hari ini aku nak join satu contest anjuran Plain83, iaitu contest ni:

 Contest Isi buih-kata komik #2
Click banner tersebut utk ke page contest

Contestnya mudah sahaja, cuma isikan dalam bubble komik yg disediakan apa-apa yang menarik, lawak dan sengal asalkan ia tidak menyentuh isu sensitiviti masyarakat secara melampau, kaum dan agama, politik, lucah dan sebagainya. Dan yang paling penting tiada limit berapa banyak komik jadi sebab tu la aku hantar banyak ._.

1. Assignment

 Bila bekerja dalam 1 kumpulan, pastikan kita 
betul-betul mengambil bahagian, jangan biarkan orang
lain sahaja yang settlekan kerja kita,
walaupun mereka pandai.


2. Ponteng Kelas

Kena ingat yang kelas kita pergi di Universiti ini
bukanlah kelas yang percuma sahaja, hakikatnya
ianya dibiayai oleh ibu bapa kita,
ataupun pihak scholarship kita. Menjadi amanah kita
untuk belajar rajin-rajin.


3. Awek Universiti

Dah beberapa kali aku terdengar kawan aku cakap benda ni,
kadang-kadang teringin nak cakap mcm dalam panel komik tu.
Tajdid niat kita di universiti untuk belajar,
bukannya untuk mencari pasangan hidup.
Jika itu yang menjadi niat kita, hakikatnya
kita hanyalah dalam kerugian. 


4. Pelan-pelan aja

Ingat tu buat pasangan yang ingin
cuba mendekati gejala berkapel di universiti ataupun sekolah.
Kita sendiri masih menjadi tanggungan ibu bapa.

5. Ambil pesanan

Lawak semata-mata tanpa moral.
Okay yang bawah ni special sikit 
versi bersambung-sambung,
ada 4 versi quartet.. 
Moh baca:





Mudah je kan?
Lawak tak lawak tu belakang cerita

Apa lagi jom la join!



p/s: Semua sekali ada 10 komik plain83, harap tak menyusahkan pula kena baca satu2 gahaha

Wednesday, October 15, 2014

Nua'ibu Zamanana

نعيب زماننا (We Blame our time?)

Assalamualaikum semua, kaifa haluka (Apa khabar) semua? Kebelakangan ini aku agak kurang masa untuk diluahkan dengan berblogging, mungkin juga kerana kurang benda yang dapat dikongsikan bersama. Sebenarnya sekarang aku masih lagi sedang bercuti semester yang berbaki dalam tidak kurang dari 2 minggu.

Selepas seminggu yang pertama aku pulang dari kem, aku banyak menghabiskan masa di Hospital Rehabilitasi Cheras menemani ayahku di sana. Malam ini turn mak aku pula yang menjaga so boleh lah aku online kat rumah.. Dekat sana nak online tak best internet pun siput je. Dan Alhamdulillah, esok ayah aku dah pun boleh discharge dari Hospital. Harapnya bila dah pulang tu semoga makin cepat sembuh lah inshaaAllah..

Jadi entry kali ini mungkin nak berkongsi pengalaman aku di sana. Berada di wad memang bosan, tapi sekurang-kurangnya inilah waktu yang betul-betul kita boleh gunakan untuk berfikir dan muhasabah diri betul-betul. Melihat pesakit-pesakit di sini, dari yang berpangkatkan datin ke orang biasa. Timbul keinsafan  akan 5 perkara yang dinasihati Rasulullah, jika kita tidak manfaatkannya akan digantikan dengan 5 perkara yang lain. Ada yang tahu apa 5 perkara tu?

Di dalam wad Ayah

Bukan kali pertama ayah aku masuk wad. Tapi ini kali yang pertama masuk wad rehabilitasi. Banyak juga fasiliti yang ada untuk melatih pesakit supaya dapat kembali pulih. Contohnya semua pesakit diwajibkan untuk hadir ke kelas fisiologi dan di situ mereka dilatih membuat senaman-senaman yang ringan mengunakan pelbagai jenis mesin yang disediakan. Contohnya berjalan, mengayuh dan sebagainya.

Di situ juga aku boleh lihat pelbagai jenis pesakit-pesakit. Ada yang sudah berumur ada yang masih muda, kebanyakannya dilayan seperti budak kecil, dimanjakan dan diajarkan satu persatu. Seperti pesakit stroke, mereka ada audio therapy, untuk membantu dapat bercakap semula selepas mereka kurang mampu untuk bercakap dengan normal disebabkan penyakit stroke.

Ada Occupationa Therapy yang di mana pesakit akan bermain permainan-permainan seperti budak kecil yang dapat melatih mereka mengerakkan tangan mereka semula. Contohnya ada kena susun puzzle, cabut biji dari plastesin. Ada beberapa situasi yang membuatkan aku keterlaluan di situ, kerana tergelak melihat telatah mereka :(

Sepanjang berada di sini memang banyak yang aku pelajari dan pengalaman yang menarik. Dapat berkenalan dengan penjaga-penjaga dan dengar macam-macam cerita daripada mereka. Nak tak nak lepas ini kenalah jaga pemakanan ya kawan-kawan, bukan apa.. mungkin penyakit daripada makanan yang tidak sihat itu tidak datang sekarang, tapi akan datang siapa tahu kan?
Mencegah itu lebih baik dari mengubati kan? Wallahualam.

Wednesday, October 8, 2014

#WordlessWednesday: Dedicated


Kadang-kadang aku pelik juga macam mana kawan-kawan aku boleh sanggup diet, pergi gym seminggu dlm tiga kali, ambil protein dan berbagai-bagai jenis produk untuk maintainkan badan yang gagah. Bagi aku yang hangat-hangat tahi ayam ni, aku rasa memang cukup hebat motivasi mereka.

Mufti Menk ada bercakap dalam salah satu ceramahnya, manusia ini bila dia meletakkan dedikasinya untuk melakukan sesuatu, walau sesukar manapun benda tersebut inshaaAllah akan tercapai. Contohnya untuk mendapatkan badan yg sado bagi seorang lelaki dan nak maintain wajah yang anggun bagi wanita. Sanggup berpuasa dan restrain diri dari melakukan perkara yg sia-sia.

Jadi agaknya macam mana kita nak ambil dedication tu untuk menjadi sehebat ilmuwan Al-Nawawi yg menguasai ilmu tasawuf atau seperti Abu Hurairah yang merupakan seorang perawi hadis yang sangat berdedikasi merintangi pelbagai mehnah dan tribulasi demi mengumpulkan hadis-hadis supaya generasi akan datang dapat memanfaatkannya..

Jom kita sama-sama ambil iktibar dan jom berdedikasi!

#WordlessWednesdaylahsangat
#SampaiSyurga #WW

Monday, October 6, 2014

Di sini lahirnya Sebuah Pengorbanan

Assalamualaikum semua,

Asif jiddan, kerana agak lama tak update dan tak menjenguk blog korang.. hampir seminggu aku kena menghadiri sebuah kem musim cuti ni jadi memang tu tak berkesempatan untuk mengupdate. Hujung minggu pula dah beraya kan? Aku faham mungkin bukan aku sorang je yang busy sebab aku tengok ada juga beberapa blogger yang terlepas juga untuk update entry agak lama.


Apa-apa pun aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan Salam Aidil Adha, maaf zahir dan batin buat semua pengunjung blog ini. Marilah sama-sama kita meratapi semula kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan ambil iktibar serta bersyukur disebabkan pengorbanan Nabi Ibrahim, sampai ke hari ini kita dapat menghidupkan legacy baginda dengan meraikan hari raya korban.

Mungkin setiap daripada kita semua mempunyai masalah, dugaan yang maha berat dan merunsingkan. Akan tetapi kita tak pernah diuji supaya meletakkan diri di dalam api - yang dihasilkan dengan membakar bangunan, tidak pernah disuruh meninggalkan isteri tercinta dan anak yang masih kecil di tengah-tengah kawasan padang pasir yang tidak didiami sesiapa pun ketika itu, ataupun tidak pernah disuruh untuk menyembelih anak kita sendiri walaupun anak itu sangatlah dikasihi.

Ya, Bapa kita semua, Nabi Ibrahim AS diuji sebegini. Namun baginda AS tidak pernah sesekalipun mempersoalkan Allah SWT terhadap ujiannya kerana keyakinannya terhadap Allah SWT. Mari sama-sama kita bersyukur walaupun kita tak diuji sebegini kita masih dapat meraikan hari raya aidil adha..
Labaik Allahumma labaik!

p/s: Raya korang buat apa je? Ops (Operasi) tambah lemak ke? xD

Monday, September 22, 2014

Jau'an makanan ringan

*Lapar Makanan Ringan*

Setiap manusia ada habits mereka masing-masing, jadi entry kali ini aku nak bercakap tentang habits aku. Iaitu seperti tajuk di atas suka mengambil makanan ringan. Sebelum aku balik ke Uniten pun, tak lupa untuk singgah ke 7E membeli snek-snek dan minuman ringan untuk dikunyah sambil memandu (Tolong jangan contohi). Begitu juga kalau nak travel ke mana-mana pasti akan singgah kedai atau stesen petrol dahulu untuk membeli jajan-jajan atau benda yang sewaktu dengannya.

Walhal bukannya aku tidak mengerti yang tak elok mengambil makanan tidak berkhasiat ni, serta mengambil minuman dalam tin atau kotak ini mudah mengundang penyakit kencing manis. Aku sendiri tahu betapa deritanya orang yang mengalami diabetes ini, setiap kali nak makan kena cucuk insulin - harus jaga makanan dan sebagainya. Namun kesedaran diri sahaja tak mampu mengawal nafsu.

Mesin Gedegang = Vending Machine


Baru-baru ini aku terbaca dalam majalah Gen-Q tentang remaja yang dikaitkan dengan snacking. Ayuhai Syabab (wahai remaja) agak-agak betul ke dengan dakwaan ini? Bagi aku memang betul dan memang kena dengan diri sendiri pung.. Tetapi definisi snacking iaitu makan di antara dua waktu makan utama, mungkin berbeza dengan apa yang aku fahami mengenai snacking.

Dalam majalah tu tulis ada beberapa jenis snek yang sihat seperti sandwich tuna, susu, kismis, yogurt, roti bakar disapu mentega kacang, bijirin, oat dicampur kacang, kismis serta buah-buahan. Sangatlah berbeza dengan macam mana aku definisikan snek..
iaitu:


Kalau bahasa inggerisnya junk food, macam kasar je bunyinya.. sedangkan kita sendiri tahu junk tu ialah sampah tetapi bahasa melayu ianya disedapkan dengan dipanggil sebagai makanan ringan. Walaupun tak lari dari hakikat ianya JUNK food, makanan yang tidak berkhasiat langsung.

Di sini aku ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh dimanfaatkan untuk mengelakkan makanan dan minuman ringan ni. Antaranya:

1. Tukarkan kepada snek yang berkhasiat

Simpan buah-buahan yang sudah dipotong di dalam peti ais jika terasa ingin mengunyah ambil buah-buahan tersebut. Sentiasa bawa snek yang berkhasiat di dalam beg seperti kismis, biskut, bijirin atau kekacang di dalam beg untuk dijadikan sebagai snek kita. Jangan lupa untuk pelbagaikan snek yang berkhasiat supaya tak jemu.

2. Berdamping dengan orang yang kuat makan

Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan mendapat harumnya manakala kalau berkawan dengan tukang besi boleh mendapat bau busuknya.. jadi bagaimana pula jika berkawan dengan orang kuat makan? Tiap-tiap kali kita makan junk food kita akan berkongsi dengan dia.. hal ini sedikit demi sedikit membuatkan kita dapat mengurangkan pemakanan makanan ringan - terus dapat berhenti terus kalau bengang kawan kita je yg asyik habiskan snek kita.

3. Catat apa makanan/minuman ringan yang kita ambil

Boleh wujudkan satu diari pemakanan, journal ataupun gunakan sahaja blog atau apa2 apps di phone untuk mencatat apa makan kurang sihat kita ambil pada hari itu. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi kesan psikologi untuk kita mengurangkan pengambilan makanan ringan.

4. Lebihkan makanan utama

"Breakfast like a king, Lunch like a Prince and Dine like a Pauper" Selalu terdengar tak kata-kata ni? Sarapan pagi itu kita kena lebihkan dan utamakan berbanding dengan makan tengahari dan makan malam. Kerana sarapan pagi yang memberikan kita tenaga untuk satu hari. Selalu kalau kita ambil sarapan ala kadar pasti akan mudah terasa lapar dan ingin mengambil apa-apa makanan segera yang mudah untuk mengisi kelaparan kita. Nak elakkan, harus ikut pepatah tersebut sarapan Like A Boss King.

5. Elakkan pergi ke Kedai Runcit

Selalunya kalau aku termasuk mana-mana kedai pasti akan terbeli satu ataupun dua junkfood. Jadi mungkin jalan yang bagus untuk elakkan daripada masuk kecuali ingin membeli keperluan.

6. Elakkan makan di depan Laptop/TV

Perasan kan kalau orang pergi wayang makan popcorn large macam mana sekalipun takkan berhenti. Ini disebabkan mata kita sedang fokus kepada skrin tadi menyebabkan kita hilang fokus kepada makan. Sebab itu mudah untuk kita menjadi lapar dan bertambah-tambah makan jika makan sambil menonton TV.


Jika anda punyai apa-apa tips tambahan bolehlah share di ruangan comment..
Semoga dapat saling membantu ^^

Sunday, September 21, 2014

La Ba'sa Tahoorun InshaaAllah

Memang lumrah manusia apabila satu nikmat itu ditarik barulah kita akan berada dalam kekesalan tidak menghargai sesuatu nikmat itu. Sebab itu diberikan cara untuk merawat hati yang sudah keras ialah dengan menziarahi kubur supaya kita akan dilembutkan hati memikirkan nasib kita yang bakal menempuh maut.

Melawat anak-anak yatim membuat kita menghargai dilahirkan dalam keluarga yang sempurna, melawat rumah orang-orang tua membuat kita menghargai masih muda dan melawat orang sakit menjadi kita menghargai nikmat kesihatan yang ada.

Malam ini aku bermalam di wad hospital menemankan abi (ayah) yang sudah hampir seminggu berada di wad. Alhamdulillah kalau nak dibandingkan dengan patient stroke yang lain aku rasa Allah masih memberikan keringanan cumanya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sempat juga aku berjalan-jalan kehulu-kehilir sementara abi sedang tidur, melihat kerenah pelbagai pesakit dari yang muda ke tua.

Sebelum ini ayah aku berada di wad Hospital Kuala Lumpur namun disebabkan aku berada dalam minggu exam aku hanya mampu melawatnya di wad sekali sahaja. Waktu ingin pulang ke kolej aku terlihat wajahnya kelihatan muram. "La Ba'sa Tahoorun, InshaaAllah.." Aku membisikkan tatkala ingin bersalam dengan abi, "Tidak mengapa, ini ialah penghapusan dosa InshaaAllah.."

Disebabkan ada gap antara paper terakhir aku hari isnin ni, jadi boleh lah melawat abi di wad barunya, di Hospital Theraphy Cheras. Dipermudahkan urusan pindah pula ke wad yang lebih selesa, berair-cond lagi tu.. sampaikan aku yang nak jaga malam ni rasa macam nak terlena pula.. huhu

Mungkin instinct semata-mata, tetapi aku dapat rasakan yang abi kelihatan lebih ceria berbanding minggu lepas, alhamdulillah hadza min fadhli rabbi. Semoga Allah memberi kemudahan untuknya kembali sembuh. Tolong doakan ya..

Syafakallah ya Abi
(Get well soon, Abi)

Friday, September 5, 2014

Intifada Palestine

Kadang-kadang kita pun terasa geram, melihat anak-anak kecil yang baru sahaja dilahirkan dibunuh dengan begitu kejam. Membaca di facebook kisah-kisah rejim Israel menyiksa rakyat Palestine hidup-hidup dan pelbagai lagi. Berderau darah kita mendengar saudara kita di sana. Sekali-kali berfikir mungkin andai kata aku di sana pasti aku akan turut menyertai pejuang Al-Qassam untuk membebaskan bumi jihad Palestin.

 Tetapi semua itu ternyata hanya fikiranku semata-mata, sebenarnya layak ke diri ni nak menyertai pejuang agama yang hebat itu. Betul ke kita ni dah ada persediaan yang cukup untuk Syahid? Mungkin jauh di lubuk hati kita masih jauh lagi untuk menerima janji syurga Allah dan masih mempunyai penyakit 'wahan'. 
Wahan itu apakah? 

Nabi menerangkan bahawa Wahan itu ialah penyakit cinta dunia dan takut mati.

Jadi sebenarnya mampukah diri kita ni menerima tarbiyah seperti yang diterima oleh ahli Al-Qassam, aku gerenti semuanya pernah dengar kan syarat-syarat untuk menyertai Bridged Al-Qassam, antaranya yang aku kopi paste:
  1. Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – setiap ibu bapa di Palestine mengimpikan anak mereka syahid memperjuangkan kemerdekaan negara mereka.
  2.  Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjemaah di masjid.
  3.  Anggota Hamas dan Al-Qassam harus bebas MAKSIAT dan MEROKOK.
  4. Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
  5. Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juzuk.
  6. Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi)
  7. Selalu berpuasa sunat dan bertahajud.
  8. Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka semuanya golongan hafiz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin. Buktinya, mereka mampu membangunkan teknologi mereka dalam keadaan terkurung dalam penjara halimunan terbesar di dunia di Gaza.
  9. Selalu hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
  10. Mengamalkan zikir harian dan tidak pernah meninggalkannya.
  11. Selalu bersukan dan bersenam. Senang cerita mesti “fit” dalam peperangan.
  12. Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah sedia untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

Kemudian mari sama-sama kita perhatikan agak-agaknya daripada 12 syarat-syarat tersebut yang mana kita ada? Ya Rabbi Ya Qudus, kita ini sangatlah lemah dan sangatlah jauh dari untuk menghampiri syurgaMu. Jadi bolehkah kita tolak syarat-syarat tersebut dan katakan pada diri kita, tak apa, mungkin aku tak layak nak join Al-Qassam.. Tapi syurga itu kita semua nak kan?

Waktu tu terngiang-ngiang surah As-Saff ayat ke 10 dan 11. 

Mungkin kita tak dapat bersama-sama Al-Qassam, tapi inshaaAllah kita semua dalam misi membawa perjuangan Islam, kita semua mungkin berada di dalam fasa yang sama biiznillah. 
Jadi bersabarlah dan berdakwahlah.

Friday, August 29, 2014

Malaysia Hurahlana!

Assalamualaikum,

Pertama-tamanya bersyukur kita kehadrat Illahi kerana setelah beberapa peristiwa yang tidak malang yang menimpa ummah kita pada hari ini, kita masih lagi diberikan peluang oleh Allah SWT untuk terus mencari keredaanNya serta mampu lagi kita bertaubat kepadaNya, justeru dapat meneruskan pelaburkan saham kita di akhirat.

Sebenarnya dah siap penyapu lidi serta bulu ayam dah ni untuk misi menghilangkan habuk-habuk di blog ini. Maklumlah setelah datangnya Ramadan terus tidak terusik blog ni, bukanlah pula disebabkan sibuk sangat beribadat sampaikan tinggalkan terus berblogging, tetapi atas tanggungjawab-tanggungjawab yang lain yg perlu diselesaikan jadi kurangnya masa yang dapat diperuntukkan untuk berblogging. Jadi aku meminta maaf sekiranya tidak mengunjung kembali ziarah kawan-kawan blogger.

Nak ucapkan selamat hari raya pun rasa dah terlambat, Syawal pun dah berlalu. Tapi alhamdulillah ada satu lagi event terdekat yang disambut seluruh rakyat Malaysia setiap tahun iaitu Hari Kemerdekaan. Bersyukur negara kita sudah tidak dijajah oleh penjajahan dalam bentuk fizikal. Tetapi kadang-kadang aku tertanya, betul ke kita ni sudah merdeka? Kerana pada pendapat aku kita di Malaysia ini terus dijajah secara hidup-hidup dari segi pemikiran kita. Kalau tak percaya lihat sahaja berapa banyak ideologi-ideologi baru yang cuba dibangkitkan serta berapa banyak kes-kes yang negatif berleluasa di kalangan kita sendiri, sedikit demi sedikit cuba untuk memadamkan api agama Allah.

Bagaimanakah kita menyambut hari kemerdekaan?

Tetapi firman Allah dalam surah As-Saff ayat 8, 
"Mereka (orang-orang yang kufur) cuba memadam cahaya Allah (kebenaran Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah akan tetap menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang-orang kufur itu membenci (akan hal demikian kebenaran)." 

Jadi itulah antara tugas kita semua sebagai Da'ie di muka bumi ini, melakukan Amar Maaruf Nahi Munkar. Marilah kita menjadi seperti Abu Ubaidah yang dikatakan oleh Nabi sendiri sebagai orang kepercayaan umat ketika itu. Beliau adalah antara contoh produk asli daripada Tarbiyah. Cekalkan jiwa kita untuk kerja-kerja dakwah dan janganlah mudah mengalah.

Oleh itu fahamilah semula erti kemerdekaan dengan sebenar-benar ilmu dan pengetahuan, bukanlah disambut dengan hawa nafsu dan emosi semata-mata.

Antara program menarik di ambang kemerdekaan.
Bagus juga tu, dalam masa kita menyambut kemerdekaan
kita fikirkan juga masalah ummah kita di Gaza ;(
Yang penting ada Heliza Helmi.. eh bukanlah..
ada Ustaz Khairi, Haslin Bollywood, UAI dan UNIC tu!

Lagu best dari Ustaz Haslin Bollywood, dinyanyikan dalam Dikir Zikir.
"Malaysia Merdeka untuk kita dan sentiasa buminya bagi orang Islam."

Sunday, June 1, 2014

Favourite Murabbi

Setelah hampir 2 minggu bercuti di rumah akhirnya hampir tibalah waktu aku sepatutnya berada semula di Universiti. Tetapi entah mengapa dengan sistem Universiti Tenaga Nasional ini, sehingga kini masih belum lagi memaparkan lagi jadual walhal hari isnin ini sepatutnya sudah boleh masuk ke kelas. Mungkin juga ini boleh menjadi alasan untuk terus bercuti hehe..

Jadi pagi sabtu semalam aku pergi ke Uniten untuk check in apartment, alhamdulillah, walaupun kedengaran intake baru yang agak ramai tetapi masihlah rezeki aku dapat diterima tinggal di dalam kampus. Tetapi aku dan kawan aku terpaksa merayu, masuk keluar pejabat kampus demi ingin mendapatkan bilik yang sama. Asalanya bilik kami asing-asing. Maklumlah dia senang berada satu bilik denganku, dan sama juga dengan aku. Alhamdulillah, akhirnya dilembutkan juga hati abang tersebut menerima, mungkin juga kerana malas nak melayan kot hehe.. xpe husnuzon.
*Muka merayu

Selesai urusan di Uniten aku pulang ke rumah kerana cadangnya nak pergi bercuti di Ipoh pula petang itu. Jadi itu boleh dikira betul-betul percutian aku untuk cuti kali kerana pada tempoh 2 minggu cuti ini, aku hanyalah jadi anak dara terperuk di rumah sahaja. Ini pun sebab mengikuti ibuku ingin menghadiri walimah anak kawannya. 

Nak dijadikan cerita, sebenarnya dalam perjalanan tadi ibuku berkata yang dia bersetuju membenarkan aku mengikuti kursus Ustaz Nouman Ali yang akan diadakan di Malaysia bermula 26 Jun nanti. Aku tahu kosnya sangat mahal dan aku tak menaruh harapan yang tinggi untuk pergi, tetapi disebabkan kami semua memang peminat Ustaz Nouman Ali jadi sangatlah rugi rasanya jika tak pergi program ini. Lagipun haritu waktu beliau datang ke Malaysia tahun lepas aku tak dapat hadir disebabkan tarikh program tersebut aku sedang menduduki final exam. Jadi ini kiranya peluang dan rezeki daripada Allah untuk diambil.

Jom melihat gambar-gambar Ustaz Nouman Ali dalam
tripnya ke Malaysia sebelum ini.

 Nouman Ali mencuba songkok.. Owh So Malaysian!

Tak lupa juga mencuba Milo Tabur.. 

Katanya di Facebook, dia tak sabar nak datang
dan makan durian lagi hehe..

 Dan ini pula ialah selfie di antara 2 favourite murabbi aku, Ustaz Nouman Ali dan juga Mufti Menk Ismail. Oh ye, bukan sahaja Ustaz Nouman Ali yang akan datang ke Malaysia nanti, malah Mufti Menk juga akan berada di Malaysia sepanjang Ramadan! Beliau akan mengimamkan solat tarawih dan akan memberi tazkirah selepas Solat Tarawih di Masjid Besi, Putrajaya..
MashaaAllah meriahnya Ramadan kali ini!

Ni yang terasa macam nak berulang-alik 
dari Uniten ke masjid besi Putrajaya
tiap-tiap malam Ramadan...

Thursday, May 29, 2014

Tarbiyah Thursday: Syabab Li Inqaz Al-Ummah

Mereka dihadapkan dihadapan Raja Dikyanus yang zalim dan sombong lalu mereka memperkatakan dengan berani tentang keimanan dan prinsip akidah bahawa tiada yang layak disembah melainkan Allah. Walaupun Raja tersebut tidak mampu menjawab hujah mereka namun dia tetap ingin menghukum mereka, lalu Allah memberikan pertunjuk kepada mereka agar melarikan diri ke dalam gua, lalu ditidurkan Allah selama 309 tahun.

Siapakah mereka dalam cerita di atas ini? Mereka ini bukanlah Nabi ataupun Rasul tetapi apa keistimewaan mereka dikabulkan doa mereka dan juga Allah turunkan karomah kepada mereka?

Sebenarnya mereka inilah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi. Pemuda-pemuda yang bersatu dan berkumpul atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Mereka tinggal di persekitaran kawasan yang rata-rata dipenuhi orang yang jahil dan kufur. Walaupun mereka masih muda namun mereka tidak terpengaruh dengan waqi' (keadaan sekeliling) tersebut, sehinggakan dipanggil pula untuk berdepan dengan pemimpin mereka.

Allah tujukan kisah ini untuk kita para pemuda, supaya kita sedar akan tanggungjawab kita di muka bumi ini. Tiada sebenarnya istilah alasan "Masih muda" untuk menarik diri daripada melakukan kebaikan, kerana Allah sebenarnya menyukai pemuda yang memperjuangkan agamaNya. Dinyatakan juga pemuda yang taat akan perintah Allah adalah antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari kiamat.

Tapi kenapa agaknya ia ditujukan kepada pemuda?
Kenapa tidak diletakkan keistimewaan itu untuk orang tua ataupun kanak-kanak?
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kenapa..

Tetapi yang pasti, waktu muda inilah waktu kita ingin lebih mengenali dunia. Kita sering ada perasaan ingin tahu, eager to know,curiousity yang tinggi serta perasaan yang inginkan freedom. Hakikatnya di usia ini kita suka mencari pelbagai hobi dan perkara-perkara yang dapat mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sebab itu kebanyakkan cerita daripada sesetengah muallaf bahawa mereka mula mengenali Islam diperingkat usia  muda, dimana hati mereka terpanggil-panggil untuk mencari makna kehidupan dan 'Islam is the solution'.

Sebaliknya, ada pula pada usia ini yang mula mengenali couple, mula untuk lebih bersosial, ada yang menjadi obsesi dengan muzik dan hiburan, ada yang sering terpengaruh dengan ideologi-ideologi barat yang cuba ingin mentafsirkan makna-makna kehidupan mengikut logik, kehendak akal dan nafsu. Namun walau banyak mana kita diisi dengan perkara-perkara tersebut kita seringkali terasa kosong.. kosong.. (macam lagu Najwa Latif tu.)

Hanya dengan kembali meletakkan ubudiyyah (kehambaan) kita kepada Allah, kita dapat mengisi kekosongan di jiwa kita tadi. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, cabaran pemuda itu banyak dan sukar. Jadi sahutlah cabaran tersebut wahai syabab (pemuda), jangan terus berpeluk tubuh dan fikir kita masih terlalu awal untuk memperjuangkan agama Allah. Sebaliknya yakinlah bahawa kita ini ialah bakal menjadi pemimpin ummah akan datang.

*Wahai pemuda, dimana kamu?

Renunglah kembali pemuda-pemuda masa lampau yang membangkitkan Islam diusia muda mereka seperti Ali bin Abi Talib yang memeluk Islam sewaktu umurnya 8 tahun dan turut bersama Rasulullah SAW dalam memperjuangkan Islam. Usamah bin zaid yang dijadikan sebagai Komander dikala usianya 18 tahun. Imam Syafie yang menjadi mujtahid di sekitar umurnya 13 tahun serta Hassan Al-Banna yang bersama-sama dengan gerakan jemaah IM ketika usia beliau 23 tahun. Ya Allah terasa kecil dan hinanya diri kita walaupun sudah hampir-hampir sebaya namun masihlah tidak membawa apa-apa sumbangan kepada Islam.

Akhir kata, nasihat daripada Mufti Menk yang sudah diterjemahkan mahupun ditokok-tambah untuk pedoman kita semua termasuklah saya sendiri, "Bagaimana kita nak bercakap tentang tugas pemuda? Sedangkan kita tak mampu nak bercakap tentang Sincerity (Sidiq) kita kepada Allah". Oleh itu perkuatkan dahulu link kita dengan Allah swt dan pergantungan kita denganNya. Dalam masa yang sama juga perkukuhkan semula asas kita tentang agama.
Wallahualam.

p/s: Syabab Li Inqas Al Ummah = Pemuda yang berperanan mengangkat darjat ummah. Malam ini malam Jumaat, jadi bolehlah baca dan amalkan surah Al-Kahfi serta bacalah cerita tentang pemuda Al-Kahfi.

Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday: Nikmat Allah

Apa itu Nikmat? 
Kebanyakkan daripada kita menganggap rezeki yang bertimbun-timbun, 
menang cabutan bertuah, naik pangkat ataupun durian runtuh ataupun apa-apa yang luar biasa dari perkara yang kita selalu terima dalam sehari-hari itu sebagai nikmat. Mungkin juga kerana kehidupan kita yang sudah cukup serba-serbi dan hampir-hampir tidak dapat merasai apa sebenarnya nikmat pemberian Allah.


Tetapi sebaliknya bagi orang yang beriman, mereka memandang semua perkara sebagai nikmat. Peluang yang ada, tubuh badan yang sempurna, kesihatan yang sejahtera, kebahagiaan keluarga, Iman dan Islam juga adalah antara nikmat hidup. Oleh itu, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah dan sentiasa menikmati apa yang kita ada serta elakkan daripada sikap tamak.

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
[Surah An-Nahl: Ayat 18]

P/S: Wordless Lah Sangat...

Monday, May 19, 2014

Kuasa Alam

Memang tak dinafikan lagi Negara Amerika ini memang sangat hebat dalam bab membuat movie-movie menarik ini, betul sangatlah kata-kata orang yang jikalau mereka ingin menyerang kita, tak perlu pun angkat senjata. Cukuplah dengan menghantar pelbagai movie-movie sudah cukup untuk membuat kita lagha.

Tapi apa kes ini tiba-tiba je pula kan? 
Actually minggu lepas aku baru sahaja lepas menonton sebuah filem di panggung wayang iaitu Godzilla. Sebenarnya bukanlah minat sangat nak menonton, tetapi sifat ingin tahu memanggil-memanggil untuk melihat bagaimana sebenarnya manusia menentang godzilla, tanpa pertolongan dari Ultraman. (Maaf Spoiler!)


Dalam cerita tersebut, ada beberapa kejadian yang membuatkan kita terfikir tentang Al-Qariah. "Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, dan gunung-ganang seperti bulu yang dihambur-hamburkan." Dimana mereka membuat kejadian tersebut nampak realistik, tambahan pula dengan Tsunami dan pelbagai lagi kuasa alam. Semua manusia yang sedang berseronok masing-masing lari bertempiran. 

"(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat menusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya."
[Al Hajj ayat 2]

Pada hari itu, walau sehebat manapun ciptaan manusia, yang dibanggakan dan dirasakan dapat menyelamatkan mereka dalam apa jua keadaan sekalipun tidak akan dapat melindungi mereka. Allah maha kuasa atas segala sesuatu dan kepadaNya kita akan kembali. Dalam movie ini, anggaplah godzilla itu satu bencana alam yang terjadi dan manusia cuba untuk menewaskannya.


Bagi saya, filem ini agak menarik jalan ceritanya dan graphicnya cuma ada beberapa adegan yang tak berapa sesuai untuk tontonan kita semua, maklumlah filem barat.. jadi fikir dua tiga kali kalau nak bawa anak-anak kita menonton filem sebegini. Wallahualam.

Saturday, May 17, 2014

The Liebster Award

Hari ini aku akan menjawab satu award dari Siti Norashikin iaitu The Liebster Award. Actually pernah beberapa kali dah nampak tag ni, jadi terasa macam nak buat juga.
Ini soalah yang aku dapat dari tag:



1. How did you pick your blog's name?
I was inspired from an author of the JOM magazines, she was known as The Rocking Hijab, and her name is Sandy Nur Farah Syakirah. She is a Muallaf who had a talent in writing, she already published an interesting books which im looking up to buy later, it is called "Mencari Dia yang satu"

But don't get me wrong, it's not like I want a blog name same like her, it just somehow it feels unique with the Rocking Hijab names. So I tried like naming mine The Rocking Jubah, but it might cause confusion to other's, is this blogger muslimin or muslimah? So then I try The Rocking Songkok but it feels so wrong, im not really Rocking..
that I finally came up with The Kreatif Ketayap.

2. Which state are you from?
Selangor.

3. Who is your best friend?
I have a lot of close friend, but best friend? It's hard to pick.

4. What is your greatest weakness?
A lot, one of them is I like to wasting time and do worthless stuff.. If anyone knows how to solve this problem, please let me know..

5. How do you handle stress and pressure?
Usually I'll try and find a close friend, cause when im stress or under pressure, after I went to my friend's room eventhough we didn't talk I somehow get a bit calm, subhanallah. Maybe cause I have such a good friend. So in this case, we have to choose a good friends, who doesn't drop oil when you are in fire..

The other method like when you are in other places, try to istigfar, like 5 times but if it doesn't work then double the amount. So it's like you get a good deeds even when you are mad.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa melazimkan istigfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagian dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."
(HR Abu Dawud dan Ibnu Majah)

6. What are three things you cannot live without?
Well im not sure, food? Knowledge? Nikmat?

7. Describe yourself in three words.
The Kreatif Ketayap!

8. Gold or Silver?
Gold.

9. Best present you got from your lover?
Everything on me right now.

10. Who your lover's dream?
Err I don't know.

11. Your opinion about my blog?
Alhamdulillah, nice blog!

Okay, Sekarang, tibalah sesi kita interview dengan para sahabat kita di luar sana.
Eh Eh.. belum lagi,

ada lagi satu Liebster Award, kali ini dari Karimah binti Zulkafali pula..
Susah betul jadi orang famous-amos ni kan? Asif terpoyo pula haha..
Soalan daripadanya ialah:

1. What's your crush name? Hahaha ada bran? :P


Pass... haha..
but if you eager to know,
my crush name is Fatima Azzahra, know her right?

2. What's your favourite subject?
I think it's physics, because it makes no sense no matter how much I study for it.

3. What do you think of your personality?
My personality bad, and I think I still need a lot of improvement.

4. What will you do if your best friend doesn't want to talk to you?
First I reflect on what I did, but if I still can't figure out what mistake that I do, then only I'll try ask him personally.

5. If you have a crush, do you want to tell him/her your feeling?
Maybe not hehe..

6. Do you hate prefect school? But why?
I don't.. hmm why? hehe cause there is no reason to hate them, since im also a Prefect >.<

7. If you're totally get mad, what will you do?
Try to stay away from the conversation or anything that makes me mad, remain in silence and try to do some istigfar. If it still doesn't work out, then go to any of my close friend and talk with them. InshaaAllah those feeling will get rid off.

8. If you are a prefect school, what'll you do if the students still do what was you ban him/her?
When I was a prefect, I don't think I have power to ban someone else hehe.. but don't worry, as a prefect you have advantages which is in reporting. So if you see someone doing a bad things, don't hesitate to straightly inform the disciplines teacher, the one that every students afraid. If they dare to treat you, just report again haha.

9. You know couple is haram, but if someone ask you to couple with him/her, what will you do?
This is actually a tough question, cause what I am now is not the same like what I am tomorrow. You know what I mean right? I could say that im totally against this today, but who knows what I would say tomorrow. Since, I have a few friends who made a mention that they are against "couple" but unfortunately, they lose themselves into it. Nauzubillahi min zalik.
I just hope that Allah will guide me all the way to say "No".

10. If there's someone who's waiting for you for a long time, do you accept him/her?
Oh come on, this is not a drama right? xD
No one really waiting for you for that long except it is one of their lies.. haha just kidding.
If they really waiting for you to get married then why not right?

11. Do you love me? Hahaha :P
 But we just met...


Okay so, sekarang barulah tiba sesi saya melontarkan soalan
Soalan yang akan saya ajukan ialah:
1. Perkara sunnah apa yang kamu suka lakukan?
2. Jika kamu diberikan peluang untuk memilih tempat tinggal, dimanakah tempat yang anda mahu? dan mengapa?
3. Apakah surah favourite anda dalam Al-Quran? Dan Mengapa?
4. Berenang, memanah dan menunggang kuda itu adalah sukan pilihan Rasulullah, anda pula bagaimana?
5. Bilakah agaknya tarikh lahir anda dalam kalender islam?
6. Apakah movie kegemaran anda? Dan berikan satu pengajaran atau moral dari movie tersebut.
7. Pilih satu sahabat Nabi yang anda kagumi, dan kongsikan mengapa? (Jika ada kisah menarik tentang beliau, nyatakan)
8. Siapakah adik beradik (Jika tiada maka sahabat) anda yang paling rapat? Dan mengapa?
9. Apakah lagu nasyid favourite anda?
10. Adakah anda rasa leceh untuk menjawab soalan-soalan ini? Sila jawab seikhlas hati :P
[Jika anda jawab Ya dalam soalan 10 maka abaikan soalan 11]
11. Ada seorang rakan atau sahabat, yang datang untuk meraih satu nasihat, atau tazkirah (peringatan) daripada anda, apa yang anda ingin sampaikan?

Dan mangsa soalan saya ialah:


1.http://aniesaahmad.blogspot.com/
2.http://anne-nurain.blogspot.com/
3.http://eykapinkyii.blogspot.com/
4.http://stanzaku.blogspot.com/
5.http://easygoingstory.blogspot.com/
6.http://dialoguda.blogspot.com/
7.http://in-finitedream.blogspot.com/
8.http://www.cekgunorazimah.com/
9.http://mselim3.blogspot.com/
10.http://nnurzakaria09.blogspot.com/
11. Kamu yang sedang membaca :D

Thursday, May 15, 2014

Tazkirah: Akhir Asasi

Alhamdulillah, tatkala ramai blogger yang post tentang berjayanya mereka masuk ke universiti yang hebat-hebat, aku juga ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan benda yang sama. Sebenarnya pagi tadi baru sahaja habis paper yang terakhir untuk semester kali ini iaitu paper Calculus. Untuk lebih detail lagi, paper terakhir untuk sesi foundation, inshaaAllah kalau ada rezeki dapat menyambung ke Degree di Universiti yang sama, UNITEN.

1. Selepas keluar dewan peperiksaan.

Malam ini terasa segar pula, selepas dapat qada' tidur petang tadi. Maklumlah minggu exam ni kurangnya tidur disebabkan sampai overnight untuk study habis-habisan. Peliknya waktu sebelum-sebelum ni takde pun rajin sebegitu pula.
Kenapa agaknya?

"Dua nikmat daripada nikmat-nikmat Allah yang sering dilupakan adalah nikmat kesihatan dan masa lapang." antara hadis yang direkodkan oleh Imam Al-Bukhari. Dari sekolah dulu memang menjadi resolusi aku untuk menjaga masa, kononnya itulah tanggungjawab seorang Muslim untuk menjaga masa. Walaupun hakikatnya kita seringkali dikaitkan dengan 'janji melayu', dimana orang lain sudah lali dan boleh membuat jenaka dengan pendirian orang melayu (termasuk yang bercakap ini) tentang penjagaan masa.

Namun hingga kini, rasanya masalah tentang masa tak pernah selesai. Waktu awal-awal masuk asasi dulu sahaja yang berkobar-kobar siap ada timetable, tetapi makin berlalu masa terjadi makin lagha dan malas untuk menjaga masa dan akhirnya, itu yang terjadinya study last minute. Jadi sebagai seorang pelajar universiti yang lumrahnya memilik masa-masa yang lapang, (Contohnya dalam semester kali ini ada dalam satu hari tu, aku cuma 2 kelas sahaja) mustahil untuk mengatakan tak ada masa yang lapang.

Wajarlah kita harus lebih menjaga masa dan berusaha mengambil faedah daripada masa yang ada. Tapi nak jaga masa macam mana tu agaknya eh?
Mungkin kata-kata Ibnu Mas'ud ini boleh diambil sebagai pedoman,
"Tiada yang aku kesalkan dalam sehari ketika terbenamnya matahari selain daripada umurku menjadi pendek, sedangkan amalan aku tidak bertambah."

Dalam pada masa kita lapang ataupun busy, sepatutnya kita harus ada pengisian yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT dalam sehari. Ingatlah masa itu antaranya bersifat Sur'ah inqidha' (Pantas pergerakan) dan tidak akan kembali atau dapat diganti. Ketahuilah ramai orang yang ingin dibangkitkan semula daripada mati hanya untuk bersujud kepada Allah. Nauzubillahimin zalik.

Semoga untuk Degree nanti aku dapat lebih memanfaatkan masa yang ada, wallahualam.

2. Sewaktu di dalam dewan peperiksaan.

Wednesday, May 14, 2014

Wordless Wednesday : Mujahidul Syabab



Sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pertempuran terakhir semester ini, iaitu menentang final paper pada esok hari.
Tak qawiy lagi nak bertarung ni T_T

Friday, May 9, 2014

Jawapan

Assalamualaikum,

Pertama sekali asif, kerana agak lambat nak beritahu kejadian seterusnya selepas entry sebelum ini. Maklumlah teramat busy kebelakangan ini, terutama pula minggu sebelum final, waktu inilah pula mood untuk berblogging tiba-tiba berkobar-kobar, walhal dahulu tak ada pun rasa nak sambung berblogging.

Aku nak minta maaf banyak-banyak sebab aku terasa macam sudah menipu sedikit dalam entry sebelum ini. Memang hakikatnya hilang sebentar motor itu. Tetapi Alhamdulillah, selepas Naqib aku menelefon rakanku itu, dia memberitahu ada seorang lagi rakan kami, Izmeer yang menjumpai motor tersebut dengan kuncinya masih dilekatkan diatas motor. Dibukakan hatinya untuk menjadi concern dan membantu untuk membawa pulang motor itu kepada tuannya.

Ternyata Allah SWT yang telah mengerakkan hatinya untuk ke Masjid walaupun waktu itu sudah pukul 11 malam, banyak sebenarnya tanda tanya yang sebenarnya timbul dalam hati, tetapi biarlah aku serahkan semuanya kepada Allah. Dia mampu membuat semua yang mustahil itu kepada tidak mustahil. Kan kita selalu dengar "Kun fayakun"? Jika Allah SWT berkata jadi, maka jadilah.

InshaaAllah lepas ni aku kena lebih beringat-ingat dan dalam masa yang sama harus lebih tawakkal denganNya. Kita ni manusia, tidak lain hanya sebaik-baik perancang sahaja, yang membenarkan ialah Allah SWT. Wallahualam.

Wednesday, May 7, 2014

Antara Ujian dan Cobaan

Bismillah,

Malam tadi, aku ada dating, eh bukan dating tapi meeting dengan ahli-ahli persatuan untuk sesi brainstorming program yang bakal kami jalankan untuk semester depan. Menarik juga, sebelum ini cuma menjadi orang yang cuba menjayakan program-program Persatuan Pengajian Islam (PPI) di Universiti tetapi kali ini kami pula yang dipilih untuk menjadi antara pelontar idea untuk aktiviti akan datang.

Selepas tamat sesi brainstorming di Masjid, para muslimah pulang ke rumah masing-masing, tetapi para muslimin tak lain tak bukan, ada sesi afterparty. Iaitu kami lepak di D'Tasik, restoran mewah yang terapung di atas air, kedudukannya pun hanya sebelah daripada masjid. Sebenarnya agak pelik juga, dari tadi meeting sampai sekarang ada pula sesi karaoke di Restoran tersebut, Jadi kami hanya menganggap itu background music buat pertemuan kali ini.

Sebenarnya ketua Lajnah Smart Group, iaitu antara AJK dalam PPI, ialah tidak lain hanya abang naqib untuk semester ini. Sebab itu terlebih rapat dengan kami, juga personalitinya yang sangatlah mesra dengan kami. Rasanya tak perlu diulaskan apa yang kami bincang, cuma nak cerita apa yang terjadi semasa aku pulang tadi.

Disebabkan lokasi meeting dibuat di Masjid, jadi aku meminjam motor kawanku kerana apartment muslimin memang agak jauh dari masjid. Sewaktu ingin berpisah, aku meraba-raba poket baju melayuku, "Ah, sudah.. mana pula perginya kunci motor ni?" Kawan aku, yang menjadi pembonceng di motor itu juga bertanya, "Serius ke?"

Dan lagi menakutkan sampai-sampai di tempat motor, dah hilang dah pun motor. Astagfirullahal azim. Waktu tu aku cuma terfikir berapa ribu nak kena ganti ni. Kawan aku yang lain berusaha pusing masjid untuk cari, tetapi aku hanya terpaku speechless. Memang tak dinafikan lagi, aku ni manusia biasa, pastinya terlupa nak tercabut kunci waktu datang tadi.


Naqib aku menyuruh aku banyak-banyak beristigfar, aku akur, dan reda itu adalah antara kesalahan sendiri, dan ini caranya Allah nak ajar hambaNya yang leka. Naqibku menelefon kawanku, pemilik motor ini dan ...

Agak-agak apa berlaku lepas itu?